Sunday, August 31, 2014

Abah

Assalamualaikum.

Lama x coret kat sini. Skrg ni nak tulis sikit untuk penghargaan buat seseorang.

To :  Arwah Haji Abdullah bin Sayuti

Selamat hari lahir abah. Semoga abah tenang di sana dan mudah2an Allah tempatkan abah di tempat org yg beriman.

Fendy sentiasa mendoakan kesejahteraan abah di sana hingga akhir hayat fendy.

Emak alhamdulillah sihat. Cuma perlu bagi perhatian. Umur mak semangkin meningkat. Semoga mak panjang umur untuk jadi pengubat rindu fendy kat abah.

Al fatehah buat abah yang tersayang.

Friday, August 22, 2014

Pocketful of Sunshines

[Interlude]
I got a pocket,
got a pocket full of sunshine
I've got a love and I know that it's all mine
oh.oh,oh
Do what you want,
but you're never gonna break me,
sticks and stones are never gonna shake me
oh,oh,oh

[Chorus]
Take me away (take me away)
A secret place (a secret place)
A sweet escape (a sweet escape)
Take me away (take me away)
Take me away (take me away
To better days (to better days)
Take me away (take me away)
A hiding place (a hiding place)

[Interlude]

I got pocket,
Got a pocket full of sunshine
I've got a love and I know that it's all mine
oh,oh,oh

Wish that you could,
but you ain't gonna own me
do anything you can to control me
oh,oh,oh

[Chorus]

[Hook]
There's a place that I go
That nobody knows
Where the rivers flow
And I call it home
And there's no more lies
And the darkness is light
And nobody cries
there's only butterflies

[Chorus 2x]

[Chorus & Interlude]

The sun is on my side
Take me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright

The sun is on my side
Take me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright

Friday, August 15, 2014

Ujian Kita

Kita ni sebagai manusia selalu diuji. X kira ujian tu dari segi apa. Ape sahaja halangan kita panggil sebagai ujian. Adakah kita mampu utk tempuh ujian ini? Persoalankan?

Sebenarnya.. ada jawapannya. ;)

Jawapannya ialah YA.

Kenapa?

Bila kita ada ujian atau halangan atau masalah, nak atau x nak, kita kena tempuh juga. X kira ape yg berlaku mesti  kita tempuh. X kira la sama ada kita amik keputusan utk terus menangani kesulitan atau kita lari dari membuat keputusan. Tetap juga kita tempuh. Betul? Apa juga pilihan adalah di tangan kita.

Tapi kita pernah x terfikir kenapa Allah turunkan ujian ni? Salah satunya adalah utk menguji iman kita. Betul?

Bagi saya pula, bila saya sendiri hadapi masalah, kesulitan, kesusahan, halangan.. mesti ianya ada kaitan dengan kisah silam saya iaitu dosa atau perbuatan saya di masa lampau. Peringatan daripada yang Esa supaya kita beringat. ;) tu hanya pendapat saya. X rujuk mana2 kitab. Kalau salah tolong tunjukkan. ;)

Jadi, hidup adalah pilihan. Kita membuat pilihan dalam menentukan masa depan kita. Perubahan kita. Pengorbanan kita. Selepas itu barulah ganjaran tu dtg. Penghargaan utk diri kita. Oleh itu, la tahzan.

Ditulis oleh Muhammad Effendy bin Abdullah

Tuesday, July 1, 2014

MUNAJAT RAMADHAN



Assalamualaikum. Doa ni saya kongsikan daripada rakan sekerja saya Ustazah Ruslina binti Mansur daripada Facebook beliau. Saya usaha untuk copy dan share dengan semua. doanya bagus. 
 
Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Al-mubarak

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan kembali semula.. selepas dikejutkan dengan berita sedih kehilangan Guru bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ, Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias. Sedih dan tidak tertahan mengenangkan nasib suaminya Muhammad Asyraf bin Maktar dan kedua anaknya; Adwad dan Ammar. Semoga semuanya dapat diharungi dengan tabah.

Kali ini Ramadhan agak berbeza sedikit kerana terpaksa mengharungi kepanasan cuaca global yang panas dan kadar pencemaran udara yang melanda Malaysia iaitu jerebu.

Alhamdulillah setakat ini di Shah Alam masih dalam keadaan yang masih baik.

Jadi, sepanjang bulan Ramadhan ini eloklah kita merancang amalan yang baik untuk menambahkan pahala di akhirat kelak. Bacaan Al-quran, berpuasa penuh, solat 5 waktu, solat sunat, zikir berpanjangan, solat terawih, bersedekah, membayar zakat dan sebagainya.

Bagi yang baru melangkah ke arah kebaikkan, jangan risau. Islam itu mudah. ;)

Jika tidak tahu solat, sy rasa xde salahnya jika kita cuba untuk belajar. Mungkin mula2 mengikut jemaah di masjid. Sudah tau berapa rakaat dalam setiap solat, belajar pula niatnya. Niat ni sebenarnya amat mudah. Jika kita fikir nak solat zohor maka itu susah dijadikan niat. ;) selepas tau niat, belajar pula bacaan wajib dalam solat. Kita belajar. X salah belajar. Ustaz Kazim Elias ada mengatakan Islam itu mudah. Janganlah kita sulitkan lagi.

Semoga kita semua dapat memperbaiki dori ke arah yang lebih baik, lebih islamik, perbuatan yang berfaedah. Moga amalan kita diterima. Amin.

Selamat berpuasa semua.

Friday, June 20, 2014

Panasnya..

Assalamualaikum semua..

Panas la sekarang ni.. byk pokok mati. Tanah kering.. bahaya utk kesihatan.. jadi nasihat sy,

Minum air masak banyak
Jangan terlalu terdedah dengan panas terik
Jaga pemakanan dan kesihatan
Guna payung kalau keluar

P/s : lama x post.

Wednesday, June 18, 2014

Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias

Assalamualaikum semua.

Marilah bersama-sama kita doakan kesembuhan Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias semoga dia diberikan kesembuhan dan bertambah sihat seperti sedia kala. Marilah kita bersama2 memohon doa daripada yang Esa moga diperkenankan doa kita semua sebagai hamba-Nya . Marilah bersama2 kita menjalankan solat hajat memohon keredhaan Allah. Semoga semuanya selamat. Amin ya rabbal alamin.

Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. Kelmarin (16.06.2014) beliau jatuh pengsan di kantin dan dikejarkan ke DEMC. Beliau menghadapi keadaan jantung tersumbat dengan darah beku dan menyebatkan denyutan jantung berhenti. Sekarang beliau dipindahkan ke PPUM untuk rawatan lanjut. Sesiapa yang mengenali beliau diharap dapat mendoakan kesejahteraan beliau dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas sila salurkan bantuan anda kepada nombor akaun maybank 112214095181 atas nama Mohd Asyraf bin Makhtar (suami) bole hubungi saya untuk keterangan lanjut di fendy.careline@gmail.com. terima kasih.