Assalamualaikum semua kaki tangan kerajaan. Di sini saya muat turun tarikh gaji tahun 2014 hehehe
Saturday, December 14, 2013
Tarikh Gaji Kerajaan
Ejaan Betul & Tepat
kecantikkan - Kecantikan
prosedor - prosedur
protogonis -protagonis
antogonis -antagonis
cap - cop
kontingen -kontinjen
derastik -drastik
pribumi -peribumi
artikal - artikel
menyintai -mencintai
tulin - tulen
altarnetif -alternatif
perabut - perabot
skima - skema
Selain daripada itu,- Selain itu,
Justeru itu, -Justeru,
Walaubagaimanapun,- Walau bagaimanapun,
Sejak kebelakangan ini,- Sejak belakangan ini,
Ini kerana -Hal ini demikian
Sehubungan itu,- Sehubungan dengan itu,
Berhubung dengan itu,- Berhubung itu,
lain-lain hal - hal-hal lain
oleh kerana - oleh sebab
kata-kata aluan -kata alu-aluan
di kalangan - dalam kalangan
ke-dua / ke dua kedua
Salah Betul
juru bahasa -jurubahasa
juru acara -juruacara
juru rawat -jururawat
berumahtangga -berumah tangga
rumahtangga -rumah tangga
kadang kala -kadangkala
mala petaka - malapetaka
antara bangsa -antarabangsa
kaki tangan- kakitangan
suka cita -sukacita
duka cita -dukacita
bertanggung jawab- bertanggungjawab
memberi tahu -memberitahu
ais krim- aiskrim
menunding -menuding
pempasturan -pempasteuran
akter- aktor
ariel- aerial
aroteknologi -aeroteknologi
dreber- drebar
aqida akidah /- aqidah
alat penghawa dingin -penyaman udara
ambulan -ambulans
eroangkasa -aeroangkasa
ajensi- agensi
akedemik -akademik
gangsterisme -gengsterisme
e-mail -e-mel
mengkagumi- mengagumi
menganggu -mengganggu
mengangotai- menganggotai
mengganggur- menganggur
vendelisme- vandalisme
calun -calon
guitar -gitar
shahbandar -syahbandar
kelumumur- kelemumur
setor- stor
berpeleseran- berpelesiran
ketrampilan- keterampilan
setingan -setinggan
berkerjasama -bekerjasama
cendikiawan- cendekiawan
sejarahwan- sejarawan
kedhaifan -kedaifan
distinasi- destinasi
perlancongan -pelancongan
pamiran- pameran
mempastikan- memastikan
bujet -bajet
toksid- toksik
essei- esei
sejaggat- sejagat
tennis -tenis
definasi -definisi
bumiputra -bumiputera
atlit- atlet
Puterajaya -Putrajaya
perkhawinan- perkahwinan
perkehmahan- perkhemahan
menghadkan -mengehadkan
mencatkan -mengecatkan
mengkhaskan -mengekhaskan
illustrasi- ilustrasi
beteri- bateri
tauladan -teladan
keset- kaset
restoren -restoran
oditorium -auditorium
otomatik -automatik
selsema -selesema
peha -paha
jimnastik- gimnastik
instituisi -institusi
terpersona- terpesona
implimentasi -implementasi
Salah ( kiri ) Betul ( kanan )
mengenalpasti mengenal pasti
aturcara atur cara
alatulis alat tulis
keretapi kereta api
ubahsuai ubah suai
mengulangkaji mengulang kaji
sekaligus sekali gus
Ibubapa / ibu-bapa ibu bapa
media masa media massa
samada sama ada
semulajadi semula jadi
cafe siber kafe siber
gambarajah gambar rajah
matapelajaran mata pelajaran
urusetia urus setia
campurtangan campur tangan
temubual temu bual
jatidiri jati diri
penguatkuasa penguat kuasa
penguat kuasaan penguatkuasaan
ehwal hal ehwal
lebuhraya lebuh raya
jalanraya jalan raya
pasaraya pasar raya
bandaraya bandar raya
bungaraya bunga raya
hariraya Hari Raya
hapuskira hapus kira
muaturun muat turun
muatnaik muat naik
kraftangan kraf tangan
berkaitrapat berkait rapat
perdana menteri Perdana Menteri
tokoh tambah tokok tambah
password kata laluan
televisien televisyen
viola biola
temperature temperatur
melancung melancong
ko-kurikulum kokurikulum
beristirehat beristirahat
pensil pensel
mengishytiharkan mengisytiharkan
pragawati peragawati
pembelajaran pemelajaran
pembentung pembetung
gembeleng gembleng
pelusuk pelosok
Canselur Canselor
enekman enakman
fosel fosil
komidi komedi
megnet magnet
tragidi tragedi
sessi sesi
professor profesor
maksima maksimum
minima minimum
optima optimum
jenerasi generasi
naskah naskhah
kolestrol kolesterol
moto motor
motorsikal motosikal
respon respons
pengkalan pangkalan
masyor masyhur
analisa analisis
otomobil automobil
leukimia leukemia
kekanda kakanda
bistari bestari
talipon telefon
skuasi skuasy
mengenepikan mengetepikan
serious serius
pengkitaran pengitaran
infomasi informasi
sekrol skrol
memperdulikan mempedulikan
tersuhur tersohor
peramugari pramugari
tauladan teladan
stesyen stesen
feshen fesyen
insuran insurans
resepi resipi
engkar ingkar
injin enjin
asalamulaikum assalamualaikum
sillaturahim silaturahim
waalaikumsalam walaikumsalam
Ramadan Ramadhan
Al-quran al-Quran
anti-dadah antidadah
anti-merokok antimerokok
antibritish anti-British
pro-aktif proaktif
pra-sekolah prasekolah
Procanselor Pro-Canselor
pasca-projek pascaprojek
panca-indera pancaindera
semalaysia Se-Malaysia
keMelayuan kemelayuan
Asean ASEAN
galakkan galakan
tarikkan tarikan
matarialistik materialistik
kedekot kedekut
pengelakkan pengelakan
pertunjukkan pertunjukan
perlantikan pelantikan
dashyat dahsyat
ke-2
dengan ini -dimaklumkan
mensyorkan
mengelakkan
menggalakkan
memperuntukkan
mengecatkan
menganggotai
kemasukan
keburukan
Thursday, December 12, 2013
Keputusan PMR 2013
Pakaian : Pakaian Rasmi Sekolah, rambut kemas, bersongkok.
Keputusan PMR diumumkan 19 Dis
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama.
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama
Friday, December 6, 2013
Dari Meja Tulis GBKSM
Assalamualaikum kepada semua warga SAMTTAJ. Selamat bercuti semuanya.
Saya Muhammad Effendy bin Abdullah, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa ingin memberi peringatan kepada warga SAMTTAJ semasa cuti sekolah pada kali ini.
Tahniah kepada semua calon SPM yang sudah selesai menjalani peperiksaan baru-baru ini. Diingatkan bahawa perjuangan belum lagi berakhir. Perjalanan anda masih jauh untuk menggapai cita-cita dan harapan ibu bapa.
Sila semak selalu laman web www.mohe.gov.my iaitu mengenai UPU Online. Setakat ini belum ada sebarang surat arahan tentang pengisian data diri untuk fasa 1. Anda digalakkan untuk menyemak secara berkala supaya tidak terlepas tarikh. Pihak UBK telah mendaat makluman No.Pin UPU Online akan mula dijual di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 20 Januari 2014. Kebiasaannya, pengisian data fasa 1 dilakukan sebelum jualan No.Pin ini. Oleh itu, mohon kerjasama anda untuk menyemak laman web berkenaan secara berkala.
Kepada calon STAM 2013, tahniah diucapkan di atas usaha yang anda semua kerana berjaya menempuh peperiksaan. Harap segala usaha mendapat hasilnya. Anda juga dinasihatkan untuk menyemak laman web di atas secara berkala.
Bagi calon-calon PMR 2013, anda digalakkan untuk menjalani ujian psikometrik minat kerjaya untuk mengenalpasti minat anda. Apabila keputusan PMR diumumkan sepatutnya anda sudah tahu hala tuju minat anda selaras dengan kemampuan diri. Dinasihatkan agar memilih bidang yang serasi dengan pencapaian dan minat anda. Jangan salah pilih bidang kerana ini adalah masa depan anda. Ujian minat kerjaya boleh dijalankan secara online dengan menggunakan carian google 'imascu' untuk mengenalpasti minat anda. Keputusan ujian berkenaan boleh dicetak.
Kepada murid SAMTTAJ terutama sekali tingkatan 1 & 2 sesi 2013, adalah dimaklumkan jika anda hendak berpindah, sedang memohon pindah, atau sudah berpindah ke sekolah lain, mohon maklumkan kepada saya untuk salinan ujian psikometrik utk simpanan guru kaunseling di sekolah baru. Berikan nama dan alamat sekolah yang baharu untuk kegunaan pos.
Perjuangan kita masih belum selesai. Pelbagai rintangan yang harus kita ditempuhi untuk berjaya. Cipta sejarah diri supaya boleh dikongsi bersama-sama generasi kita pada masa akan datang untuk dijadikan pedoman dan panduan serta pengajaran.