pertamanya saya ingin memohon maaf kerana tidak buka blog dalam masa yang panjang kerana kesibukan tugas di sekolah mahupun di PPD. (harap-harap berbaloi hehehe...)
Jadi saya ingin meluangkan sedikit masa untuk semua pembaca. :)
Saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA heheh pada hari ini sudah bermula puasa. Bila bercakap fasal puasa ni, saya semalam pergi ke Masjid Negeri di Shah Alam. Berjubah bagai. heheh Selepas selesai terawikh, saya minum di kedai Mirasa kat Seksyen 9, Shah Alam. So berniat puasa pun di situ la. hehehe
Oleh itu, saya faham kalau ada yang terlupa atau tak ingat niat puasa, baca lah di bawah ni. kalau boleh copy and paste pastu print. tampal kat meja makan. :) saling ingat mengingat kan bagus.
Lafaz
niat puasa hari-hari :
nawaitu
souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati
lillahi ta’aalaa ( Sahaja aku berpuasa esok hari
menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala )
Lafaz
niat puasa sebulan (Bahasa Melayu) :
Sahaja
aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Waktu
berniat puasa :
Waktu berniat bermula daripada terbenam
matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit
fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada
mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Jadi berpuasalah kita. :)
Kemudian bila da masuk waktu maghrib, baca dulu doa berbuka puasa. :)
Niat
berbuka puasa :
allahumma
laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika
ya arhamarrohimin ( Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa
dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat
Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang )
Banyak dugaan yang kita akan tempuh sepanjang bulan Ramadhan ni. Ujian untuk diri kita.
Jadi selamat berpuasa :)