Sebelum memulakan pendakian, ada beberapa tips untuk menjadi ikutan dan sebagai satu langkah berjaga-jaga.
1. Berpakaian Sukan yang sesuai untuk pendakian
2. Kasut yang kuat cengkaman serta berstokin untuk mengelak kaki melecet (tidak digalakan memakai selipar)
3. Bersarapan terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah
4. Membawa kain lap peluh, topi, stongan (untuk perempuan muslim)
5. Jangan bawa kayu sebagai tongkat kerana bahaya untuk pendakian. Jika penat, boleh berhenti di kawasan-kawasan yang lapang yang terdapat di sana
6. Jika membawa sebarang makanan semasa pendakian, jangan membuang sisa makanan dan plastik sampah di atas bukit. Ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga persekitan dan alam sekitar. Dapat pahala.
7. First Aid kit boleh dibawa bersama untuk tujuan kecemasan.
8. Keselamatan diri harus dijaga.
Kebolehan akses ke sana sangat mudah, setibanya di sana, terdapat ladang kelapa sawit yang boleh dijadikan tempat pakir. Bilangan orang ke sana setiap minggu agak ramai, jadi jangan terkejut sekiranya anda tidak dapat tempat pakir. Untuk ke sana, pengangkutan paling mudah adalah menaiki kereta sendiri, dari Kuala Lumpur ke Semenyih (40km) mengambil masa 1 jam setengah, tiba di Semenyih, ikut papan tanda Broga (simpang kiri) dan anda akan tiba ke ladang kelapa sawit sebelah kiri kira-kira 5 minit, 6km dari simpang tersebut.
Kemudian, anda boleh memulakan pendakian. Sebelum itu bolehlah membuat aktiviti pemanasan badan dan regangan otot. Mulakan dengan bacaan Bismillah.


