Friday, December 13, 2013

Thalassina Anomala

Thalassina is a lobster-like animal which grows up to 30 centimetres (12 in) long, but is more typically 6–20 cm (2.4–7.9 in) long. Its colour ranges from pale to dark brown and brownish green.

The carapace is tall and ovoid, extends over less than one third of the animal's length, and projects forward into a short rostrum.The tail is long and thin, and, like many burrowing decapods, the uropods are reduced in form, and do not form a functional tail fan with the telson.

Various rows of setae on the legs and gills are used to prevent sediment from reaching the gills and for expelling any which does reach them.

Thalassina also makes use of "respiratory reversal" to keep the gills free of dirt.

Thursday, December 12, 2013

Balance makanan

Dr.Fadhilah Kamsah menulis……..

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah .... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu...jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ....dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih,

Nilai Sebenar Seorang Isteri


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.        
PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”        
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan  juga isterinya serta seterusnya.         
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
 
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.  
     
PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
        
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.         
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.         

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”         
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.
         
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
    
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
        
Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"  

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.  
      
Lalu lelaki itu menjawab:       
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”        
hargai isteri saudara2

Puisi Sangka-sangka


Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik
Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

P/s : yang paling penting, jd diri sendiri...jangan cuba tiru watak org lain...takkan menjadi. sobahal khair

Selamat Pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kita bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah. Bangun awal pagi dan terasa nikmat pagi. Apakah aktiviti harian manusia pada waktu pagi?

Ada sebilangan manusia yang bekerja pada hari ini. Mencari mata pencarian dan nafkah keluarga. Ada yang sudah bercuti lebih-lebih lagi negeri di sebelah utara.

Sekarang ini musim cuti sekolah. Kebanyakkan murid-murid sudah balik ke kampung. Jumpa sanak saudara. Meluangkan masa besama-sama rakan. Main bowling, menonton wayang.

Jika di pantai timur hebat dengan berita banjir yang melanda. Musim tengkujuh. Allah menguji tahap kesyukuran penduduk di pantai timur. Semoga mereka lebih tabah dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Ada segelintir yang bercuti ke luar negara, dalam negeri, mengerjakan ibadah umrah. Semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang.

Berehat di rumah juga adalah salah satu pilihan manusia di dunia. Beristirahat di rumah, meluangkan masa dengan keluarga, bersantai halaman rumah, memasak dan sebagainya.

Oleh itu, gunakan masa anda sebaik mungkin demi menjamin masa depan yang cerah.

Aura Warna

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Post saya hari ini adalah berkenaan dengan aura warna. Sebenarnya, dalam kehidupan kita seharian, warna memainkan peranan penting dalam mencorakkan semangat. Sudah ramai pengkaji psikologi mengkaji tentang warna dan diri manusia.

Saya mula mempelajari tentang aura warna ini melalui pegawai PPD saya. Beliau menerapkan budaya aura warna untuk memberikan semangat untuk terus bekerja.

Setiap hari terdapat warna yang sesuai dengan semangat kita pada hari tersebut. Bukanlah bermaksud kita tidak bole berpakaian mengikut warna kegemaran. Ini hanyalah saranan untuk memberi semangat dalam diri manusia.

Sebagai contoh, kita ada majlis yang peru dihadiri dan amat penting untuk kita. Kita keliru hendak memilih warna yang sesuai untuk menyerlahkan diri. Inilah masanya yang sesuai untuk kita memilih pakaian mengikut aura warna. Tentu ianya memberi semangat kepada kita.

Tidak dinafikan setiap warna memberikan makna yang tertentu. Warna juga melambangkan personaliti kita. Sebab itu wujudnya inventori minat warna iaitu menjurus kepada 4 warna.

Keputusan PMR 2013

Pakaian : Pakaian Rasmi Sekolah, rambut kemas, bersongkok.

Keputusan PMR diumumkan 19 Dis
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama