Monday, October 17, 2011

Senarai Alamat SBPI

Assalamualaikum kepada semua. Di sini saya telah menyalin nama-nama sekolah SBPI untuk dijadikan panduan kepada semua.


KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR,
33000 KUALA KANGSAR,
PERAK

KOLEJ TUNKU KURSHIAH,
70400 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH,
41906 KLANG,
SELANGOR

SBP INTEGRASI BATU RAKIT,
21020 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU

SBP INTEGRASI GOMBAK,
53100 GOMBAK,
SELANGOR

SBP INTEGRASI GOPENG,
31600 GOPENG,
PERAK

SBP INTEGRASI JEMPOL,
72200 BATU KIKIR,
NEGERI SEMBILAN

SBP INTEGRASI KUANTAN,
25200 KUANTAN,
PAHANG

SBP INTEGRASI KUBANG PASU,
06050 BUKIT KAYU HITAM,
KEDAH

SBP INTEGRASI PEKAN,
26600 PEKAN,
PAHANG

SBP INTEGRASI RAWANG,
48020 RAWANG,
SELANGOR

SBP INTEGRASI SABAK BERNAM,
45100 SABAK BERNAM,
SELANGOR

SBP INTEGRASI SELANDAR,
77500 SELANDAR,
MELAKA

SBP INTEGRASI TEMERLOH,
28010 TEMERLOH,
PAHANG

SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK,
71450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
26600 PEKAN,
PAHANG

SEKOLAH SERI PUTERI,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH,
62520 PUTRAJAYA,
WP PUTRAJAYA

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN,
31400 IPOH,
PERAK

SEKOLAH TUN FATIMAH,
80000 JOHOR BAHRU,
JOHOR

SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG,
43000 KAJANG,
SELANGOR

SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU,
71900 LABU,
NEGERI SEMBILAN

SM SAINS ALAM SHAH,
56000 KUALA LUMPUR,
WP KUALA LUMPUR

SM SAINS DUNGUN,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU

SM SAINS JOHOR,
86000 KLUANG,
JOHOR

SM SAINS KOTA TINGGI,
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR

SM SAINS KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR

SM SAINS KUALA TERENGGANU,
21100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU

SM SAINS KUCHING,
93050 KUCHING,
SARAWAK

SM SAINS LABUAN,
87032 WP LABUAN,
WP LABUAN

SM SAINS LAHAD DATU,
91109 LAHAD DATU,
SABAH

SM SAINS MACHANG,
16500 MACHANG,
KELANTAN

SM SAINS MIRI,
98000 MIRI,
SARAWAK

SM SAINS MUAR,
84009 MUAR,
JOHOR

SM SAINS MUZAFFAR SYAH,
75450 MELAKA,
MELAKA

SM SAINS PASIR PUTEH,
16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN

SM SAINS POKOK SENA,
06400 POKOK SENA,
KEDAH

SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH,
34009 TAIPING,
PERAK

SM SAINS SABAH,
88999 KOTA KINABALU,
SABAH

SM SAINS SELANGOR,
56000 KUALA LUMPUR,
WP KUALA LUMPUR

SM SAINS SEREMBAN,
70400 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

SM SAINS SERI PUTERI,
51200 KUALA LUMPUR,
WP KUALA LUMPUR

SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH,
25150 KUANTAN,
PAHANG

SM SAINS SULTAN ISKANDAR,
86800 MERSING,
JOHOR

SM SAINS SULTAN MAHMUD,
21300 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU

SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH

SM SAINS TELUK INTAN,
36010 TELUK INTAN,
PERAK

SM SAINS TENGKU ABDULLAH,
27600 RAUB
PAHANG

SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA,
16100 PENGKALAN CHEPA,
KELANTAN

SM SAINS TUANKU JA`AFAR,
72000 KUALA PILAH,
NEGERI SEMBILAN

SM SAINS TUANKU SYED PUTRA,
01000 KANGAR,
PERLIS

SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN,
14000 BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG

SM SULTAN ABDUL HALIM,
06009 JITRA,
KEDAH

Sahabat Sejati

Assalamualaikum wrbt dan Salam 1Malaysia




        Kadang2, hidup ini x sempurna tanpa kawan. Kadang2 hidup susah bila ada kawan. Panorama kehidupan memang berubah-ubah mengikut keadaan masa dan suasana. Mungkin kita tak sedar bahawa kawan yang kita tak suka tu banyak membantu kita.  Kawan yang kita tak suka itu juga kadang2 mendoakan kita. Mungkin kita tidak sedar tentang kepentingan mendoakan kesejahteraan kawan-kawan. Manusia memang ada sifat alpa. Bila sudah senang, lupa siapa diri dan asal usul. Lupa jasa kawan yang membantu. ucapan terima kasih juga sukar untuk diungkapkan kerana sikap ego yang tinggi.

       Hidup sebagai manusia ni masih belum sempurna. Banyak yang perlu dibaiki dan diubah mengikut keadaan semasa dan peredaran zaman. Kawan memang ada di mana2 sahaja tapi kawan sejati memang sukar dicari. Kita sememangnya berhak untuk memilih kawan yang mana sesuai dengan diri kita. sesiapa pun berhak untuk berkawan. Keikhlasan itu penting dalam menjana persahabatan yang positif dan berkesan.

      Kawan sejati ialah kawan yang sanggup bersusah payah bersama-sama kita semasa kita berada dalam kesusahan, kesanggupan diri mereka berkorban untuk membantu kita. Kawan yang sejati sentiasa mengambil berat mengenai diri kita.bukan untuk menjaga tepi kain orang tetapi mengambil berat supaya mereka merasai kesusahan bersama-sama, kesenangan bersama-sama tanpa mengira keadaan dan situasi. 

      Manusia memang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sama ada dalam sedar ataupun tidak sedar. Manusia tidak seperti malaikat. Mereka juga mengharapkan pengampunan daripada Allah yang Maha Esa. Kita perlu muhasabah diri dan menilai diri sendiri. Mungkin kita ada silap. Jangan menunding jari kepada orang lain kerana kelak diri sendiri yang terkena.


      Mari semua, kita hargai kawan-kawan kita. Mereka telah banyak berkorban demi kita. semoga mereka akan terus menyokong kita tidak kira di mana kita berada. mereka tetap berada di dalam hati dan ingatan. semoga mereka juga mempunyai fikiran yang sama seperti kita. Amin.

Wassalam.

Wednesday, September 28, 2011

Sahabat yang Disayangi



Assalamualaikum wbrt

           Sudah lama saya tidak mengarang dalam blog. Maaf kerana sibuk dengan tugas harian. Ramadhan berlalu meninggalkan kita dan disusuli oleh bulan Syawal. Alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah kita masih hidup di dunia ini dan dikurniakan kesihatan yang baik. 

            Hari ini saya ingin membicarakan tentang hubungan kita sebagai rakan, sahabat, kawan dan sebagainya. Mereka ini adalah insan yang telah dipilih oleh anda sendiri dalam menjiwa kehidupan yang Allah tetapkan. Bersama-sama harungi dunia, masalah yang merintang, bersuka-ria, bertawa riang, bersedih berduka, terasa hati dan sebagainya. Sebenarnya sedar atau tidak apabila kita menjalinkan hubungan persabahatan dengan seseorang, kita akan melahirkan perasaan kasih dan saying. Bukan untuk menjadi pasangan serumah tangga, tetapi sebagai ikatan persahabatan yang terjalin sekian lama berkawan. Kita menjadi alpa apabila bersama-sama rakan walau di mana jua. 

Sebenarnya, apabila kita bersama-sama rakan, kita sentiasa mengambil berat tentang apa sahaja yang berlaku walaupun perkara itu agak sensetif mahupun peribadi. Pada pendapat saya, seseorang itu harus menyuarakan isi hati yang terpendam dengan cara berkongsi masalah yang dihadapi. Bukan untuk meminta simpati, tetapi memerlukan sokongan padu dari orang sekeliling. Jangan ambil mudah tentang segala cerita yang diceritakan. Ini kerana kita kadang-kala tidak merasai perasaan dia ketika itu. Dia memerlukan tempat untuk mendengar isi hati mereka yang sekian lama terbuku. 

Ada juga kawan yang cemburu apabila ada orang lain yang rapat dengan kawannya itu. Seolah-olah sebagai satu saingan untuk mendapatkan perhatian kawannya. Tak mustahillah ada segelintir yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kawan baiknya itu. Pada pendapat saya, kita seharusnya berterima kasih kepada Allah kerana berpeluang mempunyai kawan yang sebegitu dan mudah didekati. Tak perlu bersaing untuk tampak hebat. Kita adalah diri kita. Tak perlu menjadi orang lain. 

           Ada juga kawan yang suka menikam kawannya dari belakang. Suka mengambil kesempatan ke atas kawan yang betul-betul baik dengan dirinya. Bagi mereka ini merupakan satu peluang keemasan untuk mengambil kesempatan dan mempergunakan diri mereka untuk kepentingan diri. Sikap ini jika difikirkan secara rasional adalah tidak sepatutnya wujud dalam perhubungan yang indah ini. Kita sepatutnya bantu-membantu dan menolong satu sama kain.

             Hargailah kawan-kawan anda. Kadang-kala merepa lebih penting daripada buah hati anda kerana anda telah mengenali rakan anda lebih daripada buah hati anda. Tak salah bercinta tapi biar berpada. Jangan khianati persahatan yang tulus yang diberikan oleh kawan anda. Hargai mereka bagaikan nyawa. Sambutlah mereka dan raikan mereka. Sesungguhnya Allah telah mentakdirkan anda bertemu dengan kawan anda itu. Ampunkan kesalahan mereka supaya mereka juga berbuat yang sama pada anda. Allah maha adil. Setiap perbuatan yang jahat akan dibalas dengan jahat. Jika berbuat baik, Allah akan memberikan sebaik-baik ganjaran. 01 Ogos adalah tarikh untuk Friendship’s day. Mungkin kita boleh raikan mereka. J salam bersahabat. 

Wasalam.

Wednesday, August 3, 2011

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Ini adalah soalan yang mungkin anda ingin tanyakan. mungkin ini akan membantu serba sedikit;


Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?
Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.

Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)

Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong,
maka puasanya tetap sah. Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.

Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang?
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan
dari terbatalnya puasa.

Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa?
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan sesuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan
tidak membatalkan puasa.

Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.

Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

Saya berharap agar apa yang saya paparkan ini dapat membantu serba-sedikit. Selamat berpuasa. :)

Monday, August 1, 2011

Bazar Ramadhan

Bazar ramadhan memang perkara yang paling sinonim dengan bulan Ramadhan. :) tempah juadah berbuka ini ada di mana-mana sahaja.

Pelbagai juadah yang dijual di sini. Ayam percik, ikan bakar, murtabak dan sebagainya. Air juga pelbagai jenis. Tetapi awas! Jangan membazir. Jangan makan terlalu banyak. Kawal nafsu makan. :)

lagi satu apabila adanya bulan Ramadhan dan Bazar Ramadhan, ada satu perkara yang biasanya berlaku. Iaitu kesesakan lalu lintas. :) perkara yang paling saya tidak sabar. Huhuhuhu

Oleh itu, selamat berbuka semua
Published with Blogger-droid v1.7.4

Harry Potter : Deathly Hollow part 2

Harru potter merupakan cerita mengisahkan tentang seorang budak yang satu-satunya yang hidup ketika zaman keganasan Lord Voldomote. Ibu bapa beliau telah dibunuh oleh ahli sihir jahat.

Kemudian, kakak kepada ibu Harry telah menjaga beliau sehingga beliau besar. Hidup beliau amat terseksa kerana dijadikan seperti hamba oleh makciknya. Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengemas rumah, masak, dan menjaga kebajikan keluarga makciknya.

Setelah beliau berumur 11 tahun, beliau ditawarkan untuk belajar di Hogward School of wizardry and witch craft. Beliau dijemput oleh penjaga kunci Hogward iaitu Hagrid.

Di situlah pengembaraan Harry Potter bermula.

Bagi saya, cerita ini amat menarik. Dunia penuh imaginasi. :) sy telah mengikuti perkembangan cerita ini sejak filemnya yang pertama ditayangkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 31, 2011

Bila teringan kenangan lalu

Bila tiba sahaja bulan puasa, pasti teringatkan arwah abah; Abdullah bin Sayuti. Lahir pada 17 September 1955 di Kampung Pasir Panjang Hilir, Perak darul Redzuan. Anak bongsu 3 beradik.
Panggilan manjanya di rumah ialah 'abah'. Banyak kenangan manis dengan abah sepanjang abah hidup. :) rindu abah. Allah lebih sayangkan abah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Seingat saya, sepanjang hidup saya, abah tak pernah pukul saya walaupun cubit. Bertengkar itu memang berlaku tetapi pukul? Tidak pernah langsung.

Abah mengidap penyakit diabetes bertahun-tahun lamanya. Hidup abah bergantung pada pil. Emaklah yang sentiasa setia menjaga abah sehingga ke akhirnya. Suatu hari bisul di pinggul abah menjadi semakin teruk dan melarat. Abah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang darul Makmur. Emak dan adik telah bersetuju untuk membenarkan pihak hospital untuk membuat pembersihan dalaman melalui belahan. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia, Allah telah menghantar Izrail untuk menjemput abah. Jam 5.05 pagi, 11 Oktober 2009, abah disahkan meninggal dunia. Kami terima ketentuan tuhan. Hanya Allah yang tahu takdirnya.

Kami sekeluarga tetap mendoakan abah sentiasa ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
Published with Blogger-droid v1.7.4