Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Al-mubarak

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan kembali semula.. selepas dikejutkan dengan berita sedih kehilangan Guru bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ, Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias. Sedih dan tidak tertahan mengenangkan nasib suaminya Muhammad Asyraf bin Maktar dan kedua anaknya; Adwad dan Ammar. Semoga semuanya dapat diharungi dengan tabah.

Kali ini Ramadhan agak berbeza sedikit kerana terpaksa mengharungi kepanasan cuaca global yang panas dan kadar pencemaran udara yang melanda Malaysia iaitu jerebu.

Alhamdulillah setakat ini di Shah Alam masih dalam keadaan yang masih baik.

Jadi, sepanjang bulan Ramadhan ini eloklah kita merancang amalan yang baik untuk menambahkan pahala di akhirat kelak. Bacaan Al-quran, berpuasa penuh, solat 5 waktu, solat sunat, zikir berpanjangan, solat terawih, bersedekah, membayar zakat dan sebagainya.

Bagi yang baru melangkah ke arah kebaikkan, jangan risau. Islam itu mudah. ;)

Jika tidak tahu solat, sy rasa xde salahnya jika kita cuba untuk belajar. Mungkin mula2 mengikut jemaah di masjid. Sudah tau berapa rakaat dalam setiap solat, belajar pula niatnya. Niat ni sebenarnya amat mudah. Jika kita fikir nak solat zohor maka itu susah dijadikan niat. ;) selepas tau niat, belajar pula bacaan wajib dalam solat. Kita belajar. X salah belajar. Ustaz Kazim Elias ada mengatakan Islam itu mudah. Janganlah kita sulitkan lagi.

Semoga kita semua dapat memperbaiki dori ke arah yang lebih baik, lebih islamik, perbuatan yang berfaedah. Moga amalan kita diterima. Amin.

Selamat berpuasa semua.

Friday, June 20, 2014

Panasnya..

Assalamualaikum semua..

Panas la sekarang ni.. byk pokok mati. Tanah kering.. bahaya utk kesihatan.. jadi nasihat sy,

Minum air masak banyak
Jangan terlalu terdedah dengan panas terik
Jaga pemakanan dan kesihatan
Guna payung kalau keluar

P/s : lama x post.

Wednesday, June 18, 2014

Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias

Assalamualaikum semua.

Marilah bersama-sama kita doakan kesembuhan Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias semoga dia diberikan kesembuhan dan bertambah sihat seperti sedia kala. Marilah kita bersama2 memohon doa daripada yang Esa moga diperkenankan doa kita semua sebagai hamba-Nya . Marilah bersama2 kita menjalankan solat hajat memohon keredhaan Allah. Semoga semuanya selamat. Amin ya rabbal alamin.

Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. Kelmarin (16.06.2014) beliau jatuh pengsan di kantin dan dikejarkan ke DEMC. Beliau menghadapi keadaan jantung tersumbat dengan darah beku dan menyebatkan denyutan jantung berhenti. Sekarang beliau dipindahkan ke PPUM untuk rawatan lanjut. Sesiapa yang mengenali beliau diharap dapat mendoakan kesejahteraan beliau dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas sila salurkan bantuan anda kepada nombor akaun maybank 112214095181 atas nama Mohd Asyraf bin Makhtar (suami) bole hubungi saya untuk keterangan lanjut di fendy.careline@gmail.com. terima kasih.

Thursday, February 27, 2014

Promosi YES 14

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama x menaip di blog ni. Sibuk dengan irusan kerja. Alhamdulillah dapat jalankan dan masih cuba yang terbaik untuk revolusi diri menjadi insan yang baik.

Hari ni selepas kursus di kuala langat, memang rasa penat sangat. Letih. Mengantuk. Rehat di rumah sahaja. Lepas tu teringat ada program iftar asrama. Nak kena pantau. Dan teringat pula malam ni Imam Muda Asyraf nak datang. So terpaksa memaksa diri untuk ke asrama. Alhamdulillah sampai.

Setelah selesai program, saya kurang kesempatan nak menyambut hari kelahiran ahli PRS bulan Januari - April. Maaf semua. Semoga selepas ini lebih baik. Amin.

Sunday, December 29, 2013

Khasiat Sebiji Telur

RAMAI mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?

Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.

Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.

Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.

Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.

Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).

Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.

Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.

Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.

Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian. - SYAHRIL

Tidur Berkualiti Untuk Kesihatan

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

MENDAPATKAN tidur yang berkualiti merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan.

Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.

Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.

1 Kekalkan jadual waktu tidur.

Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

2 Perhatikan makan dan minum anda.

Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

3 Cipta ritual waktu tidur.

Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.

4Berada dalam keadaan selesa.

Hias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda.

5 Had tidur waktu petang.

Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama penghidap insomnia. Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja dan hanya pada waktu rembang petang.

6Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda.

Aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

7 Pengurusan tekanan.

Tekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur kerana banyak berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting.

8 Temui doktor.

Hampir semua orang kadang-kadang mengalami masalah untuk tidur tetapi jika ia terlalu kerap berlaku sehingga mengganggu kualiti hidup, ia mungkin tanda penyakit atau masalah-masalah lain. Dapatkan bantuan doktor.

Bahaya Minyak Masak


MENURUT Pakar Pemakanan dari DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali, penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.

Katanya, semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.

Sisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul.

Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

"Apabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.

"Oleh kerana itu, sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.

"Itupun bergantung kepada perubahan struktur atau kelikatan warna minyak berkenaan," kata Siti Nurhayati.

Beliau menambah, sekiranya minyak berkenaan telah bertukar warna dan kelikatannya, kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.

Siti Nurhayati juga menjelaskan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.

Ini kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

"Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya.

"Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang," katanya.

Siti Nurhayati mengakui, disebabkan mahu mengurangkan kos, kebanyakan peniaga akan menggunakan minyak masak berulangkali.

Sekiranya peniaga perlu juga menggoreng dalam minyak yang sama, gorengan berkenaan perlu dilakukan dengan cepat dan tidak perlu direndam (di dalam minyak) terlalu lama.

"Sebagai pengguna, kita perlu lebih peka dengan makanan yang dibeli dan perlu bersikap memilih terhadap gerai atau kedai makanan. Jika berkesempatan lihat dahulu sama ada minyak yang digunakan adakah telah bertukar kehitaman.

"Ini kerana minyak yang digunakan berulangkali akan bertukar menjadi gelap akibat pembentukan karbon. Minyak ini berbahaya kerana mengandungi bahan toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang tinggi," katanya.

Siti Nurhayati menambah, bukan hanya minyak yang hangus sahaja membahayakan malah makanan yang hangus seperti contoh sate, roti bakar, charkueytiau atau apa sahaja makanan yang bewarna hitam akibat sisa hangus adalah tidak elok kerana mengandungi HNE.

Pengambilan makanan hangus untuk jangka masa panjang boleh mengundang penyakit keradangan dan kanser di dalam badan.

Siti Nurhayati menerangkan, pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.

Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikkannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.

"Minyak zaitun sebagai contoh adalah minyak mono tidak tepu. Minyak ini baik kerana ia mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

"Contoh-contoh minyak mono lain adalah minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari. Minyak-minyak ini juga mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.

"Walaubagaimanapun, minyak tidak tepu ini tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana minyak ini akan cepat hangus," katanya.

Siti Nurhayati menyarankan agar setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu.

Gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau deep fry manakala gunakan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad (salad dressing).

Namun apa pun makanan bergoreng perlu dihadkan kepada tiga kali seminggu manakala bagi hari-hari lain pilihlah cara masakan yang lebih sihat seperti sup, kukus, panggang dan gril. Apabila minyak digunakan terlalu banyak ia juga sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan badan dan kolesterol yang tinggi. – Rosmah Dain

1 gram (gm) minyak = 9 kalori

berbanding 1 gm karbohidrat = 5 kalori

1 sudu makan minyak = 15 gram sebab itu 1 sudu makan minyak = 15 gram x 9 kalori = 135 kalori

Cuba bayangkan sekiranya minyak yang digunakan dalam jumlah yang banyak.

Agaknya berapa ratus atau ribu kalori yang kita serap setiap kali makan makanan yang bergoreng?