Sudah
beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim
bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan
serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi
kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi
perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang
cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan
pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda
itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat
memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar
kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan
membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut
bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan
pengembaraannya.
“Berapa
harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab
budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah
mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan
yang kita lakukan”
Pengembara
muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya
dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh
budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat
mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang
berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran,
walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus
melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera
terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak
bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan
kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta
sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini
masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk
menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama.
Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini
bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu
untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia
memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis
sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya.
Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir
ladang.
Gadis
tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian
dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya.
Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat
membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah
yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis
membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
-Dr
Howard Kelly-
—————————————
—————————————
Artikel
ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang
daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika
Syarikat.
No comments:
Post a Comment