Wednesday, September 28, 2011

Sahabat yang Disayangi



Assalamualaikum wbrt

           Sudah lama saya tidak mengarang dalam blog. Maaf kerana sibuk dengan tugas harian. Ramadhan berlalu meninggalkan kita dan disusuli oleh bulan Syawal. Alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah kita masih hidup di dunia ini dan dikurniakan kesihatan yang baik. 

            Hari ini saya ingin membicarakan tentang hubungan kita sebagai rakan, sahabat, kawan dan sebagainya. Mereka ini adalah insan yang telah dipilih oleh anda sendiri dalam menjiwa kehidupan yang Allah tetapkan. Bersama-sama harungi dunia, masalah yang merintang, bersuka-ria, bertawa riang, bersedih berduka, terasa hati dan sebagainya. Sebenarnya sedar atau tidak apabila kita menjalinkan hubungan persabahatan dengan seseorang, kita akan melahirkan perasaan kasih dan saying. Bukan untuk menjadi pasangan serumah tangga, tetapi sebagai ikatan persahabatan yang terjalin sekian lama berkawan. Kita menjadi alpa apabila bersama-sama rakan walau di mana jua. 

Sebenarnya, apabila kita bersama-sama rakan, kita sentiasa mengambil berat tentang apa sahaja yang berlaku walaupun perkara itu agak sensetif mahupun peribadi. Pada pendapat saya, seseorang itu harus menyuarakan isi hati yang terpendam dengan cara berkongsi masalah yang dihadapi. Bukan untuk meminta simpati, tetapi memerlukan sokongan padu dari orang sekeliling. Jangan ambil mudah tentang segala cerita yang diceritakan. Ini kerana kita kadang-kala tidak merasai perasaan dia ketika itu. Dia memerlukan tempat untuk mendengar isi hati mereka yang sekian lama terbuku. 

Ada juga kawan yang cemburu apabila ada orang lain yang rapat dengan kawannya itu. Seolah-olah sebagai satu saingan untuk mendapatkan perhatian kawannya. Tak mustahillah ada segelintir yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kawan baiknya itu. Pada pendapat saya, kita seharusnya berterima kasih kepada Allah kerana berpeluang mempunyai kawan yang sebegitu dan mudah didekati. Tak perlu bersaing untuk tampak hebat. Kita adalah diri kita. Tak perlu menjadi orang lain. 

           Ada juga kawan yang suka menikam kawannya dari belakang. Suka mengambil kesempatan ke atas kawan yang betul-betul baik dengan dirinya. Bagi mereka ini merupakan satu peluang keemasan untuk mengambil kesempatan dan mempergunakan diri mereka untuk kepentingan diri. Sikap ini jika difikirkan secara rasional adalah tidak sepatutnya wujud dalam perhubungan yang indah ini. Kita sepatutnya bantu-membantu dan menolong satu sama kain.

             Hargailah kawan-kawan anda. Kadang-kala merepa lebih penting daripada buah hati anda kerana anda telah mengenali rakan anda lebih daripada buah hati anda. Tak salah bercinta tapi biar berpada. Jangan khianati persahatan yang tulus yang diberikan oleh kawan anda. Hargai mereka bagaikan nyawa. Sambutlah mereka dan raikan mereka. Sesungguhnya Allah telah mentakdirkan anda bertemu dengan kawan anda itu. Ampunkan kesalahan mereka supaya mereka juga berbuat yang sama pada anda. Allah maha adil. Setiap perbuatan yang jahat akan dibalas dengan jahat. Jika berbuat baik, Allah akan memberikan sebaik-baik ganjaran. 01 Ogos adalah tarikh untuk Friendship’s day. Mungkin kita boleh raikan mereka. J salam bersahabat. 

Wasalam.