Saturday, December 22, 2012

Pengakhiran Tahun

Assalamualaikum semua

Saya pada hari ini mahu berkongsi tentang kehidupan seorang manusia setahun ke tahun berikutnya.

Kita fokuskan lagi iaitu kepada cabang yang kecil iaitu, azam tahun baru. Berapa ramai yang dapat menjayakan azam setiap tahun? Ada segelintir sahaja yang mampu menjayakan azamnya. Ada juga yang gagal. Ada juga yang mempunyai azam yang sama setiap tahun.

Azam ini sebenarnya adalah salah satu cara untuk mengubah diri ke arah positif. Tetapi sejauh mana kita serius ingin mengubah diri ke arah positif? Berapa peratus daripada kita yang mahukan kejayaan yang diidamkan?

Kita renungkan untuk menjadi panduan orang ramai.

Monday, November 26, 2012

Ujian Psikometrik

Assalamualaikum

Pemahaman saya tentang ujian psikometrik yang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan KPM sangat membantu perkembangan diri murid dan masa depan murid. Ujian Psikologi (PPsi) terbahagi kepada 2 iaitu Ujian Aptitud dan Ujian Persenoliti. Ujian Aptitud ini terbahagi kepada 2 iaitu ujian Aptitud Am dan ujian Aptitud Khusus. Manakala ujian personaliti pula terbahagi kepada 2 juga iaitu Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya.

PPsi ini terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia 2013 -2025. Penilaian yang banyak membantu murid memilih kerjaya mengikut minat dan personaliti diri murid.

Ini juga membantu ibu bapa untuk lebih jelas meransang anak mereka untuk ditujukan mengikut aliran yang betul semasa di tingkatan 4 kelak. Jika mengikut sasaran KPM, 40% sains dan 60% aliran sastera dalam setiap sekolah. Pihak pentadbiran perlu bijak dalam pengurusan pengagihan aliran.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang baik untuk membantu membuka minat murid untuk berjaya di masa hadapan.




Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Penilaian Psikometrik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya telah ditawarkan oleh Penolong Pegawai PPD Bahagian Bimbingan dan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Puan Hajah Wan Fauziah binti Wan Abdullah, PPD Petaling Perdana untuk mewakili beliau untuk persidangan tersebut. persidangan tersebut akan diadakan seperti butiran tersebut :

Tarikh : 26 - 29 November 2012
Tempat : Hotel Renaissance, Melaka
Anjuran : Lembaga Peperiksaan

Selama 4 hari ini akan diisi dengan ucap utama, perbentangan kertas kerja, bengkel dan perkongsian, dan acara penutup. Memang padat tetapi penting untuk pelaksanaan PPsi pada tahun hadapan.

Harapan saya semoga semuanya berjalan lancar. Amin. Doakan ye!




Sunday, November 25, 2012

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya bersama-sama sepupu menonton wayang di Bukit Raja, Klang. Tajuk wajang yang kami tonton ialah The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berkahwin dengan puntianak (draculla) yang berjiwa manusia. Semasa beliau (Bella) mengandung, dia masih lagi seorang manusia. Selepas melahirkan anak, dia bertukar menjadi puntianak. Anak yang dilahirkan ini adalah kacukan manusia puntianak. Bella bahagia di samping Edward, Renesmee, Jacob & keluarga Cullen. Tetapi ancaman tetap berlaku di mana, Volturi mengesaki anak yang dilahirkan oleh Bella ini adalah puntianak yang mengganas pada masa lampau yang membawa malang kepada semua puntinak dan berupaya untuk hidup kekal abadi. Oleh itu, Volturi cuba mengesan anak Bella (Renesmee).

Keluarga Cullen tidak mahu peperangan berlaku dan merancang untuk mengumpul saksi bahawa Renesmee tidak bersalah. Pelbagai puak puntianak dikumpulkan untuk berjuang demi Renesmee.

Apabila tiba masanya, Volturi bertemu dengan semua puntianak yang menyokong keluarga Cullen untuk memberitahu kebenaran. Akhirnya terbukti bahawa Renesmee adalah puntianak separuh manusia yang biasa. Tetapi Volturi cuba untuk merancang untuk meningkatkan kemarahan keluarga Cullen dengan membunuh seorang sepupu keluarganya.

Kemudian Alice datang bertemu dengan Aro untuk menunjukkan kebenaran masa hadapan. Aro telah nampak masa depannya jika dia meneruskan peperangan iaitu dia akan mati di tangan Bella dan Edward. Akhirnya, mereka menghentikan peperangan dan hidup dengan aman.

Pada pendapat saya, cerita ini amat menarik dan memuaskan hati. Tontonlah cerita ini jika ada kelapangan.


Saturday, November 24, 2012

Amalan Kesihatan

Assalamualaikum semua

Hari ni saya ingin berbicara tentang kesihatan. Kesihatan amat penting bagi semua hidupan. Yakni kita memberi tumpuan kepada manusia itu sendiri. Aspek kesihatan ini banyak memberi impak kepada kehidupan kita seharian. Malah menjanjikan kepanjangan umur kita di dunia.

Kesihatan yang baik sudah pasti diinginkan oleh setiap manusia. Adakah kita penentu kepada panjang hayatnya manusia selain Allah? Ya. Jika kita tidak mengamalkan kesihatan yang baik, bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan yang baik dan sejahtera?

Bagaimana kita mahu menentukan kesihatan kita terjamin? Haruslah bermula dengan cara pemakanan. Kita seharusnya bijak memilih makanan yang seimbang. Sukar bukan jika kita sebut makanan seimbang? Itu memang masalahnya. Kita mungkin boleh bantu antara satu sama lain dari segi perkongsian ilmu pemakanan. Saya ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama-sama pembaca.

Antara cara pengambilan makanan yang baik adalah dengan merancang menu yang hendak dimakan oleh kita. Sebelum membeli bahan mentah, pastikan kita memilih barangan yang berkualiti dan segar. Contohnya, memilih ayam di pasar atau pasaraya, lihat pada keadaan ayam berkenaan, jika ayamnya pucat, biru, tandanya ayam sudah lama. Jika masih merah tandanya ayam itu masih baru. Pilih sayur hijau untuk dijadikan sajian tambahan. Pemilihan makanan dalam bungkusan tidak kira di dalam kotak, tin atau pun bungkusan, perhatikan di bahagian kandungan  yang terdapat pada bungkusan itu. Misalnya, kandungan itu menulis, 'gula, tepung, pewarna yang dibenarkan....', itu bermakna kandungan gula di dalam makanan tersebut adalah yang paling banyak.

Selain itu, kita juga harus bersenam. Melalui senaman kita boleh membakar kalori. Membantu membakar lemak dalam badan. Melalui solat juga mampu untuk membakar kalori. Oleh itu, perbanyakkan amalan solat wajib dan sunat.

Minum air bersih menjamin tubuh badan yang sihat. Minum air sebanyak mungkin.

Selain itu juga, kita perlu menjaga kebersihan. Persekitaran kita haruslah bersih dan selesa untuk didiami. Tubuh badan juga harus dijaga. Mandi dan bersihkan diri. Penampilan diri juga penting. Pakai pakaian yang bersih. Amalan mulia.

Jika kita mahukan kehidupan yang baik, tenang, dan diredhai, lakukan dengan bersungguh. Amalkan amalan hidup sihat. Jangan menghisap rokok. Rokok adalah haram di sisi agama Islam. Juga tidak baik untuk kesihatan.




Tuesday, November 20, 2012

Percutian ke Kedah (Kubang Jawi)












Assalamualaikum semua pembaca.

Baru2 ini saya telah bercuti ke Negeri Kedah. Percutian yang amat seronok.

Di sini saya ada merakamkan beberapa keping gambar untuk menjadi tontonan. Selamat melihat keindahan alam.


Saturday, November 3, 2012

MAKLUMAN UPU ONLINE



Assalamualaikum kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012, pembelian no.pin UPU boleh dibeli di BSN bermula JANUARI 2013. Calon dikehendaki untuk membeli secara peribadi di Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk maklumat terkini mengenai UPU Online, sila rujuk http://upu.mohe.gov.my/ . Sekian, harap maklum. Sebarang pertanyaan boleh hadir ke Bilik Pembangunan Insan (Bilik Kaunseling & Bilik Pengawas) pada waktu persekolahan.

Tuesday, October 23, 2012

meeting...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada bulan Oktober ni, saya terlalu sibuk menguruskan hal ehwal kaunseling. Terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Pening juga kepala. Namun harus bertahan. Ini ujian.  :)

Saya akan cuba untuk buat yang terbaik. Tahun ini sungguh mencabar bagi saya. Terlalu banyak ujiannya. Saya harus bertahan sambil selesaikan segala urusan dengan baik.

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin...


Friday, October 19, 2012

Majlis Convocation Masterskills

Assalamualaikum semua. salam sejahtera.. :)

Pada hari ini 20 Oktober 2012, sahabat baik saya, Walter Jirin, dari Ranau Sabah datang ke semenanjung untuk meraikan convocation adik dia di PICC, Putrajaya.

Meriah. Jam 7.30 pagi kami bertolak dari Shah Alam. Kami tiba di PICC jam 8.12 pagi. Kami lewat sedikit kerana graduan sudah masuk ke dalam dewan. Oleh itu, kami membeli sejambak bunga untuk adiknya. Kami hanya memerhatikan dari luar. :)

Semoga adiknya mendapat kerja yang dikehendakinya. amin... :)

sampai sini sahaja. Assalamualaikum.


Wednesday, October 10, 2012

Kenapa mesti berbohong?

Assalamualaikum semua pembaca :) salam ceria.

Di sini saya ingin meluahkan rasa hati, mengapa manusia sering berbohong. Persoalan yang sering dipertikaikan. Menjadi tanda tanya. Antaranya berbohong untuk:

- menjaga hati
- mengelakkan pergaduhan
- melepaskan diri dari suatu masalah
- mendajal orang lain
- suka-suka
- hobi
- menyelamatkan nyawa
- mendapat kesenangan hidup
dan lain-lain.

Kepada siapa? Kawan-kawan, saudara-mara, pentadbir, masyarakat, AGAMA, IBU BAPA dan sebagainya. Perlukah? Tidak boleh atau mampu menempuh kebenaran?

Ada kalanya, berbohong boleh menyelamatkan kita, kadang kala merosakkan kita. Tapi bagi saya, berterus terang adalah jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah. Terima kebenaran itu walaupun perit. Sentiasa positif.

Fikir2kanlah. :) Assalamualaikum.

Good Luck Calon PMR, SMA, SPM & STAM

Assalamualaikum semua warga SAMTTAJ.

Saya wakil dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan pada tahun 2012 ini. Sekarang Penilaian Menengah Rendah (PMR) sedang dijalankan serentak di seluruh negara. Penilaian yang menjadi penentu masa depan murid sekolah menengah. Penentu aliran akademik.

Saya yakin dan pasti bahawa setiap calon peperiksaan akan berdebar-debar di saat menempuh peperiksaan ini. Ibaratnya seperti berperang membawa maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Perasaan ini adalah normal. Tidak ada apa yang perlu dirunsingkan.

Calon da bersedia cukup lama. Bermulanya di tingkatan 1 lagi semuanya telah dirancang dan dilaksanakan demi melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri murid. Calon perlu bersikap positif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Amalkan pesanan guru-guru yang selama ini berusaha sedaya upaya untuk mendidik anak bangsa.

Calon perlu memotivasikan diri supaya tidak berasa kecewa dengan diri kerana tidak mencapai tahap yang diharapkan. Calon berusaha atas apa yang telah diusahakan. Jadikan harapan ibu bapa dan guru sebagai satu cabaran dan semangat untuk terus berjuang. Anda telah usaha dengan baik. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.

Mohon restu ibu bapa, guru-guru supaya memperoleh keberkatan. Mohon juga kemaafan daripada kawan-kawan supaya dapat menjawab soalan dengan tenang. Bertemu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda dan buat temujanji. Mungkin serba sedikit dapat membantu meringankan bebanan yang calon hadapi.

Sebagai langkah awal, selepas tamat peperiksaan, seeloknya, sewajarnya calon bertemu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk mengambil ujian psikometrik yang sebenarnya banyak membantu dalam menentukan hala tuju diri. Antara ujian psikometrik yang mungkin sesuai untuk dijawab ialah Inventori Minat Kerjaya, Inventori Trait Personaliti, Inventori Penggunaan Masa dan sebagainya. Keputusan inventori ini serba sedikit dapat membantu menentukan hala tuju calon.

Setakat ini dahulu dari meja guru bimbingan dan kaunseling, selamat manjalani ujian.

Kepada Calon SMA, SPM, dan STAM dan tidak dilupakan peperiksaan akhir tahun juga, selamat menjalani ujian. Tabah menghadapi ujian. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan Slip peperiksaan.

Wassalam.





Friday, October 5, 2012

Forum Perdana

Assalamualaikum semua :)

Pada hari ini, 05 Oktober 2012, saya telah ditugaskan untuk mengiring murid2 tingkatan 2 untuk ke Masjid Negeri Shah Alam untuk mengikuti porgram forum perdana.

40 orang murid tingkatan 2 telah dipilih dan mengikuti program ini. Antara jemputannya adalah Ustaz Harun Din. Isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kaum yahudi yang menentang Islam.

Sementara menunggu 2 jemputan lagi tiba, forum ini diteruskan dengan Ustaz Harun Din.







Monday, October 1, 2012

Supper Di Tengah Malam

Assalamualaikum semua. :)

Seawal jam 11 mlm tadi saya dan 2 org student mencari jalan untuk ke Kompleks Rakan Muda Daerah Klang. Akhirnya ketemu jua destinasi setelah menggunakan GPS. huhuhu

Setelah mengingati jalan, kami menikmati hidangan mamak. :) megi goreng. :) sebentar lagi kami akan berangkat pulang.



Sunday, September 30, 2012

Broga Hill lagi

Assalamualaikum.

Lama sudah sy tidak mengemaskini blog sy ini. huhuhu

pada minggu ni kawan baik sy kawin. rindu jumpa dia. :) selepas tu merancang untuk ke Broga Hill, Semenyih.

Seawal 6.45 pagi sudah berada di rumah Shufri Hj Johari yang telah dipaksa untuk mengikut xpdc ini. hehehe walaupun demam belum kebah.. sy tetap bersemangat. :)

tp x dapat tangkap gambar byk2 sbb x sihat sgt. balik pun awal. tp kenangan tetap kenangan. harap dapat ulangi aktiviti ini selepas ini. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 2, 2012

HANYA KERANA SEGELAS SUSU



Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
-Dr Howard Kelly-
—————————————


Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Keluhan Hati Manusia Biasa

Assalamualaikum wbrt.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Harap semuanya sihat sejahtera hari ni.
Hari ni saya ingin membicarakan tentang cara komunikasi yang baik. Cara kita komunikasi sebenarnya memainkan peranan penting dalam.menjalinkan suasana persahabatan dan perhubungan yang baik. Jika cara komunikasi yang tidak berkesan, pasti pihak kedua akan rasa kecil hati.
Setiap manusia ada tingkahlaku masing-masing. Mempunyai peribadi yang tersendiri. Jika kita mahu hidup di muka bumi ini, saya rasa kita perlu ada sikap toleransi dan mempunyai keperibadian yang hebat. Kita mahu terkenal dengan budi bahasa kita. Bukan dengan sikap buruk kita yang negatif.
Dahulu negara kita terkenal dengan sifat harmoni dan manis tutur kata serta mempunyai keperibadian yang unggul. Mengapa sekarang semuanya hilang? Nilai itu sudah tiada. Malah dilabelkan sebagai negara ketiga mempunyai sikap kurang ajar yang tinggi. Sebagai rakyat Malaysia mestilah kita rasa malu.
Oleh itu, kita sendiri perlulah mengubah diri kita, keperibadian kita untuk menjadikan diri kita bertambah harmonis, mesra dan menjaga perhubungan sesama rakan dan masyarakat. Sebelum berbicara fikir dahulu. :)

Saturday, September 1, 2012

Lirik Lagu Anak Kampung Versi Kelantan



Meme aku ini anok oghe miskin
Tadok’ gapo sgalo hok bolih kawe beghi
Demo meme cantek meme tok’ pade
De’ tido sepade
Aku anok kappu tadok pelajaghe
Jadi kuli sajo meme tok’ pade
Demo come loteh ghamai ya bekene
Lagi oghe kayo

Chorus
Tadok kogheta ku bawo demo bejale
Ghumah ku pun tadok’ ado pun ayoh punya
Apo lagi belanjo baya amas khawin
Nak nikoh ngan demo
Buke nyo ku tidok suko pado demo
Tapi kawe takut hidup demo doghito
Kano kawe cinto kawe lepah demo
Denge oghe laye
Demo masih mudo cantek lagi menawe
Jange demo caghi jate mace ambo
Demo meme cantek
Nanti demo menyesal la tado guno
(ulang Chorus)

Monday, August 13, 2012

Lagu 1Malaysia : Faizal Tahir - Malaysia Satu




Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janjiku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Wednesday, August 1, 2012

Keseimbangan


Di dalam kelembutan... ada kasarnya..
Di dalam kasarnya ada tersembunyi kelembutannya...
Di saat waktu kegelapan.. ada cahaya menerangkan..
Di saat keterangan.. dimalapkan
Di saat manusia berbuat amal kebaikan.. kejahatan menyelubungi kehidupan..
Di saat melakukan kejahatan.. timbulnya kebaikan..
Bila berbuat baik pada orang.. pertolongan tak diperlukan..
Bila tidak menghulurkan bantuan.. dikutukkan...
Bila keadaan cuaca panas.. inginkan hujan..
Pabila hujan.. mengharapkan ketenangan...

Sebenarnya di dalam hidup kita, kehidupan sebagai manusia, hamba Allah.. kita tidak boleh lari dengan TAKDIR Allah. Kita tidak boleh mengubah TAKDIRNYA. Kita sepatutnya menerimanya dengan REDHA. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita sebagai hamba kepada-Nya.

Dalam urusan di dunia, kita harus percaya pada diri sendiri. Contohi yang terbaik. Hindari yang buruk. Mempertingkatkan kualiti diri. Mungkin kita tidak sedar bahawa semua ini adalah nikmat tuhan. Bersyukur kepada-Nya. Berbuat amal.

Setiap yang baik ada buruknya. Setiap yang buruk ada baiknya. Bersabarlah. La tahzan.

Wednesday, July 25, 2012

Mesyuarat Penataran Pengendalian Ujian Psikometrik Personaliti dan Minat Kerjaya Ting 1 dan 2 Zon Tengah 1

Tarikh: 23-25 Julai 2012
Tempat : Goldcourse Hotel, Klang
Sasaran : GBKSM setiap sekolah di zon tengah 1
Anjuran : Lembaga Peperiksaan Malaysia
Saya mula2 agak terkejut kerana diminitkan kepada saya surat mesyuarat ini yang pada asalnya tidak ada penetapan tempat. Tetapi saya terima. :)
Apabila tiba saat mesyuarat diadakan, saya berasa seronok sekali kerana dapat bertemu semula rakan2 seperjuangan di sekolah2 lain. Alhamdulillah.
Ini merupakan pengalaman pertama saya bermesyuarat di luar semasa bulan Ramadhan. Pengalaman yang bagus. :) makanan yg lazat. Alhamdulillah.
Sepanjang mesyuarat diadakan, byk yang sy perolehi dan harus dijalankan di sekolah dengan segera pada bulan Oktober. PBS utk kaunseling ini agak bagus dan mudah dijalankan. Kita bole melihat potensi mereka.
Sya menyokong PBS ini dan PPsi ini diadakan.
P/S: UPSR tetap dijalankan seperti biasa. PMR juga masih ada tetapi akan dimurnikan. :)