Thursday, December 12, 2013

Aura Warna

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Post saya hari ini adalah berkenaan dengan aura warna. Sebenarnya, dalam kehidupan kita seharian, warna memainkan peranan penting dalam mencorakkan semangat. Sudah ramai pengkaji psikologi mengkaji tentang warna dan diri manusia.

Saya mula mempelajari tentang aura warna ini melalui pegawai PPD saya. Beliau menerapkan budaya aura warna untuk memberikan semangat untuk terus bekerja.

Setiap hari terdapat warna yang sesuai dengan semangat kita pada hari tersebut. Bukanlah bermaksud kita tidak bole berpakaian mengikut warna kegemaran. Ini hanyalah saranan untuk memberi semangat dalam diri manusia.

Sebagai contoh, kita ada majlis yang peru dihadiri dan amat penting untuk kita. Kita keliru hendak memilih warna yang sesuai untuk menyerlahkan diri. Inilah masanya yang sesuai untuk kita memilih pakaian mengikut aura warna. Tentu ianya memberi semangat kepada kita.

Tidak dinafikan setiap warna memberikan makna yang tertentu. Warna juga melambangkan personaliti kita. Sebab itu wujudnya inventori minat warna iaitu menjurus kepada 4 warna.

No comments:

Post a Comment