Monday, December 16, 2013

Sakit Kepala

Punca Dan Cara Hilangkan Sakit Kepala | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pagi ni Dr Fuh nak share sikit berkenaan info kesihatan. Sapa kat sini yang tak pernah sakit kepala? Kalau tak pernah memang menipu lah kan. Actually terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pening kepala yang perlu kita ketahui. Kenapa kena tahu? Ye la, kalau nak cari penyelesaian mesti kena tau puncanya dulu kan? Ok, jom baca!

Punca Sakit Kepala

1. Sakit Kepala Yang Tegang

Merupakan sakit kepala yang sering dialami orang ramai dan dianggap biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan pesakit akan terasa sakit sangat-sangat pada waktu pagi. Sakit ini terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
- Migran klasik – Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh “aura” – kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.
- Migran biasa – lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
- Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Kan Belalang dah cakap banyak betul jenis-jenis sakit kepala ni kan? Tapi mungkin yang betul-betul kita perlu tahu atau sering terkena dalam 2 ke 3 jenis sahaja.

Baiklah, sekarang mari kita lihat faktor-faktor dan pencetus sakit kepala ini berlaku :

- Stres
- Corak tidur yang berubah
- Alkohol
- Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
- Cahaya yang terang
- Kelaparan
- Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
- Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
- Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
- Ubat-ubat tertentu – runding dengan pegawai farmai anda
- Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
- Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap
Bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang menyerang? Selain daripada ubat seperti panadol, mungkin anda juga boleh mendapatkan pain killer dari farmasi atau doktor di klinik. Pesakit juga boleh mencuba dengan meletakkan wap atau tuala panas pada bahagian sinus.

Cara-cara untuk menghindar sakit kepala pula adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup, jangan biarkan diri terlalu stress, makan makanan yang berkhasiat, biasakan memakai cermin mata hitam untuk mengelak dari silau dan akhir sekali dapatkan pemeriksaan mata dengan doktor.

Selain itu boleh cuba ambil sedikit air isotonik 100Plus dicampur dengan air suam dalam nisbah lebih krang 1:2. Minum dan tengok dulu samada sakit kepala kurang sedikti atau tidak. Sekiranya tidak berkesa, maka boleh la beralih dengan cuba makan ubat pula.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. In Shaa Allah

No comments:

Post a Comment