Friday, December 6, 2013

Dari Meja Tulis GBKSM

Assalamualaikum kepada semua warga SAMTTAJ. Selamat bercuti semuanya.

Saya Muhammad Effendy bin Abdullah, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa ingin memberi peringatan kepada warga SAMTTAJ semasa cuti sekolah pada kali ini.

Tahniah kepada semua calon SPM yang sudah selesai menjalani peperiksaan baru-baru ini. Diingatkan bahawa perjuangan belum lagi berakhir. Perjalanan anda masih jauh untuk menggapai cita-cita dan harapan ibu bapa.

Sila semak selalu laman web www.mohe.gov.my iaitu mengenai UPU Online. Setakat ini belum ada sebarang surat arahan tentang pengisian data diri untuk fasa 1. Anda digalakkan untuk menyemak secara berkala supaya tidak terlepas tarikh. Pihak UBK telah mendaat makluman No.Pin UPU Online akan mula dijual di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 20 Januari 2014. Kebiasaannya, pengisian data fasa 1 dilakukan sebelum jualan No.Pin ini. Oleh itu, mohon kerjasama anda untuk menyemak laman web berkenaan secara berkala.

Kepada calon STAM 2013, tahniah diucapkan di atas usaha yang anda semua kerana berjaya menempuh peperiksaan. Harap segala usaha mendapat hasilnya. Anda juga dinasihatkan untuk menyemak laman web di atas secara berkala.

Bagi calon-calon PMR 2013, anda digalakkan untuk menjalani ujian psikometrik minat kerjaya untuk mengenalpasti minat anda. Apabila keputusan PMR diumumkan sepatutnya anda sudah tahu hala tuju minat anda selaras dengan kemampuan diri. Dinasihatkan agar memilih bidang yang serasi dengan pencapaian dan minat anda. Jangan salah pilih bidang kerana ini adalah masa depan anda. Ujian minat kerjaya boleh dijalankan secara online dengan menggunakan carian google 'imascu' untuk mengenalpasti minat anda. Keputusan ujian berkenaan boleh dicetak.

Kepada murid SAMTTAJ terutama sekali tingkatan 1 & 2 sesi 2013, adalah dimaklumkan jika anda hendak berpindah, sedang memohon pindah, atau sudah berpindah ke sekolah lain, mohon maklumkan kepada saya untuk salinan ujian psikometrik utk simpanan guru kaunseling di sekolah baru. Berikan nama dan alamat sekolah yang baharu untuk kegunaan pos.

Perjuangan kita masih belum selesai. Pelbagai rintangan yang harus kita ditempuhi untuk berjaya. Cipta sejarah diri supaya boleh dikongsi bersama-sama generasi kita pada masa akan datang untuk dijadikan pedoman dan panduan serta pengajaran.

No comments:

Post a Comment