Thursday, December 12, 2013

Selamat Pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kita bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah. Bangun awal pagi dan terasa nikmat pagi. Apakah aktiviti harian manusia pada waktu pagi?

Ada sebilangan manusia yang bekerja pada hari ini. Mencari mata pencarian dan nafkah keluarga. Ada yang sudah bercuti lebih-lebih lagi negeri di sebelah utara.

Sekarang ini musim cuti sekolah. Kebanyakkan murid-murid sudah balik ke kampung. Jumpa sanak saudara. Meluangkan masa besama-sama rakan. Main bowling, menonton wayang.

Jika di pantai timur hebat dengan berita banjir yang melanda. Musim tengkujuh. Allah menguji tahap kesyukuran penduduk di pantai timur. Semoga mereka lebih tabah dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Ada segelintir yang bercuti ke luar negara, dalam negeri, mengerjakan ibadah umrah. Semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang.

Berehat di rumah juga adalah salah satu pilihan manusia di dunia. Beristirahat di rumah, meluangkan masa dengan keluarga, bersantai halaman rumah, memasak dan sebagainya.

Oleh itu, gunakan masa anda sebaik mungkin demi menjamin masa depan yang cerah.

No comments:

Post a Comment