Friday, January 11, 2013

Langkawi Dunia Mahsuri

Assalamualaikum

Sekolah kami mengadakan lawatan sambil belajar di Pulau Langkawi. Kedah. Walaupun banyak kekangan, tapi kami amat dapat harungi dengan baik sekali.

Semalam, 10 Oktober 2013, kami tiba di Langkawi. Kami tiba jam 7 petang. Tiba di hotel kami berehat sebentar. Pada malam itu, kami berehat sebentar dan keluar minum malam.

Esoknya pula, kami ke Cable Car dan Pantai Pasir Hitam. Kemudian, setelah solat, kami merancang untuk keluar ke pantai.

Pada mulanya kami ingin ke pantai berdekatan. Tetapi pantai tersebut tidak menarik. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk ke Pantai Chenang. Kami menyewa teksi ke sana. Kami mandi dan menaiki banana boat. Sungguh seronok. Saya berasa bangga kerana dapat membantu salah seorang murid sekolah saya untuk berani mencuba sesuatu yang baru.

Esok kami akan membeli belah sepanjang pagi hingga petang. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin..