Friday, December 13, 2013

Pepijat

Beberapa fakta tentang pepijat:

Pepijat merupakan serangga yang aktif pada waktu malam untuk mencari makan ketika kita sedang tidur.

Pada waktu siang pepijat akan menyorok pada rekahan, rak buku, celahan katil dan lain-lain tempat yang mudah untuk mereka mendapatkan akses kepada manusia bagi mencari makan.
Walaupun kerap ditemui berhampiran tempat kita tidur atau duduk, pepijat sebenarnya merupakan serangga yang bergerak pantas dan mampu melakukan perjalanan jauh untuk mencari makan.
Dengan menggunakan paruh tajam seperti nyamuk pepijat menggigit dan menyuntik air liur yang mengandungi antikoagulan bagi menghalang pembekuan darah.

Airliur itu juga bertindak sebagai agen bius yang menghalang kita merasa sakit ketika pepijat menghisap darah. Kita akan mula merasakannya setelah pepijat berhenti dan meninggalkan kita.
Anak pepijat (Nimfa) mengambil masa selama 3 minit untuk menghisap darah kita manakala pepijat dewasa pula mengambil masa selama 10 hingga 15 minit. Selepas kenyang mereka akan merangkak semula menuju ke tempat persembunyian mereka.

Tanda-tanda gigitan pepijat.
Rupa gigitan pepijat adalah sama sahaja dengan rupa kesan gigitan serangga lain seperti nyamuk, semut, kutu, pacat atau lain-lainnya.
Namun begitu kita boleh meneka samada ianya kesan gigitan pepijat melalui pemerhatian pada kesan gigitan tersebut.
Jika terkena gigitan pertama kali mungkin agak sukar untuk menelah yang ianya adalah gigitan pepijat, tetapi jika lebih daripada sekali pada kawasan yang sama secara berkelompok atau linear, ia menunjukkan bahawa itu adalah kesan gigitan pepijat.

Kebiasannya menyorok lebih daripada seekor pada tempat yang sama membuatkan kesan gigitan yang ada senantiasa berligar di kawasan yang berhampiran sahaja.

Adanya kesan gigitan lagi pada hari yang keduanya dan juga pada kawasan yang sama mengesahkan lagi bahawa ianya adalah kesan gigitan pepijat yang berada berhampiran menyorok di kawasan yang terkena gigitan tersebut.

Kesan kemerahan kecil serta terasa gatal yang membuatkan kita tergaru-garu juga merupakan satu lagi tanda ianya adalah kesan gigitan pepijat. Garuan kita boleh menimbulkan infeksi atau jangkitan pada kulit.

Jika kita temui kesan topokan darah yang kecil atau tompokan hitan beripa najis pepijat, itu menandakan memang sah gigitan yang kita ada datang daripada pepijat.

Dimanakah kebiasannya kita mendapat kesan gigitan pepijat.
Pepijat akan menggigit pada anggota kita di mana-mana saja asalkan ianya terdedah kepada pepijat. Namun kebiasannya kita digigit pepijat di kawasan anggota seperti berikut:

Kawasan leher
Kawasan muka
Kawasan belakang
Kawasan tangan dan lengan
Kawasan kaki.

Berapa lamakah kesan gigitan tersebut mula terasa dan kekal pada kita.

Kesan ruam atau gatal pada kulit kita amat bergantung pada individu. Bagi mereka yang mempunyai alahan ia akan menimbulkan kesan ruam yang teruk dan berpanjangan mungkin lebih dari seminggu kerana kesan gigitan demi gigitan dalam tempoh beberap hari.
Bagi mereka yang tidak punyai alahan gigitan pula, kadangkala tidak akan mempunyai apa-apa kesanpun.

Ada kes di mana kesan ruam hanya akan muncul setelah beberap hari dan ianya amat bergantung pada alahan pada setiap individu.
Secara umumnya kesan gigitan mula muncul setelah beberapa jam daripada gigitan dan berkekalan selama 2 atau 3 hari sebelum lega. Jika anda punyai alahan ia akan kekal lebih lama lagi dan kita perlukan rawatan bagi mencegah kesan ini daripada berlanjutan lebih panjang.
Adakah gigitan pepejat boleh menyebabkan kita terkena jangkitan penyakit yang merebak.

Pada umumnya tidak ada lagi laporan mengatakan pepijat membawa penyakit berjangkit.

Gigitannya hanyalah mendatangkan kesan gangguan dan tidak selesa sahaja.

Walaubagaimanapun bagi mereka yang ada alahan pada gigitan ia boleh mendatangkan kesan mual serta kejutan yang memberikan kesan psikologi tidak dapat tidur.

Bagaimana merawat kesan gigitan pepijat.

Untuk menghilang rasa pedih gigitan pepijat, lalukan anggota yang digigit itu pada air suam yang mengalir selama sekurang-kurangnya satu minit. Ini akan membuatkan kita rasa lebih selesa.

Untuk kesan pedih yang kuat anda boleh sapukan lotion antiseptik atau krim antibiotik.

Bagi mereka yang ada alahan pada gigitan pepijat, anda boleh gunakan 'oral antihistamines' bagi menutup deria badan yang mengesan rasa gatal. Ia ada dalam bentuk pil atau kapsul dan ada juga dalam bentuk semburan.

Bagaimana anda boleh hapuskan terus serangan pepijat daripada rumah anda.

Cara terbaik adalah dengan memanggil syarikat perkhidmatan kawalan serangga yang berlesen di kawasan penempatan anda tinggal.
Arahkan syarikat tersebut untuk membuat pemeriksaan rapi pada rumah anda dan upah mereka untuk membuat rawatan bagi menghapuskan pepijat yang ada.

Jika anda mahu melakukannya sendiri anda boleh membuat beberapa perkara seperti di bawah:

Cuci dengan bersih keseluruhan rumah anda.

Basuh segala tilam, cadar, selimut serta katil anda dengan menggunakan air panas.

Vacum semua karpet dan tempat rekahan yang ada dengan mesin vacum berkuasa tinggi.

Balut tilam anda dengan menggunakan cadar tahan pepijat atau 'bedbugs proof cover'. 

Saya juga pernah mengalami serangan pepijat ini. Bukan sahaja membiak di tepi dan celah tilam, pepijat ini terdapat di penjuru bilik, lubang plug, dalam sarung bantal, almari, gobok dan sebagainya. Selepas terkena gigitan pepijat kulit akan gatal2 dan merah.

Kawan saya menggunakan lighter utk membakar pepijat.

Solusinya, saya menggunakan penyembur racun. Spraykan di semua tempat yang disyaki terdapat pepijat.

No comments:

Post a Comment