Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Pekerja 01 Mei 2011

Setiap kali tiba 01 Mei semua yang bekerja akan berasa gembira kerana akan mendapat cuti selama 1 hari. Namun, tidak semua yang akan bercuti lebih-lebih lagi yang bekerja dalam bidang perkhidmatan yang memerlukan 100% komitmen yang penting dan demi memenuhi keperluan dan kehendak manusia di dunia. Misalnya, jika semua Doktor bercuti termasuk Pembantu perubatan, pesakit tidak dapat dirawat dengan sempurna. begitu juga dengan mereka yang bekerja di dunia penyiaran atau penerbitan, tiada siapa yang akan membuat anda tersenyum. tidak dilupakan juga kepada mereka yang bekerja di premis yang buka 24 jam sehari. contohnya Mc Donalds, KFC, pekerja 7 Eleven, dan sebagainya. Jika tiada mereka semua, tiadalah perkhidmatan untuk kita semua. Terima kasih kepada mereka. Semoga mereka diberi ganjaran yang secukupnya. :)

Jika anda bercuti pada 01 Mei 2011, anda akan menikmati cuti sehingga 02 Mei 2011 kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad dan cuti akan di bawa ke hari Isnin. Untung bukan. Lebih-lebih lagi kepada yang bekerja di pejabat. Cuti pada hari Sabtu hingga ke Isnin. Masing-masing merancang percutian yang bermakna, dan ada juga yang akan berehat sepenuhnya di rumah dan ada juga yang merantau ke negeri orang untuk menikmati keindahan alam dan mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan kepada semua manusia di dunia ini. Jika kita menikmati dan mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan ini, IsyaAllah akan peroleh pahala daripada Allah SWT. 

Baru-baru ini, saya ke Johor Bharu untuk berkunjung seorang sahabat dan dalam masa yang sama untuk merancang percutian bersama-samanya di sekitar Johor. Saya dibawa mengunjungi Gunung Ledang. Wah, sungguh ramai pengunjung ke sana! Saya tidak pernah ke sana sebelum ini.Mereka meluangkan masa bersama-sama keluarga, sahabat handai, serta rombongan untuk menikmati kawasan bersejarah ini. Kawasan yang dimaksudkan ini ialah Taman Rekreasi Gunung Ledang. Sungguh seronok. Tempatnya sungguh menarik dan cantik. 

Selain itu juga, ada yang bekunjung ke Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-rama dan sebagainya. Bagus kerana mereka menggunakan masa cuti mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Jika anda beristirahat di rumah pun ada juga faedahnya. merehatkan minda, tubuh badan dan menghiburkan diri dengan menonton televisyen, mendegar radia, meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga, mendekatkan diri dengan tuhan, menambahkan ibadah, mengukuhkan iman dan sebagainya untuk menambah nilai moral yang baik. :)

Oleh itu, saya berharap semua pembaca dapat merancang percutian yang lebih baik dan merancang lebih awal supaya perjalanan anda lebih lancar berbanding masa lalu. Jika anda ada sebarang komen, sila komen di blog ini ataupun, emelkan kepada saya di alamat emel ini fendy.careline@gmail.com.
Jumpa lagi. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. 
Selamat datang ke blog www.mejatulisfendy.blogspot.com

Tujuan utama saya membuat blog ini adalah untuk sekadar cubaan dan tiada niat untuk memorak porandakan dunia. Hanyalah untuk suka-suka dan mungkin menjadi panduan, bantuan dan sebagainya. Saya berharap agar blog ini dapat membantu anda semua untuk menjalani hidup dengan lebih selesa. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengisi blog ini mengikut keadaan semasa dan mengikuti perkembangan semasa. 


Selain itu juga, blog ini juga diadakan untuk membantu anda mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda atau memberi jalan untuk mengubah persepsi anda untuk membuat keputusan. Bukan saya kata saya bijak menasihati orang lain, tetapi kita harus berkongsi cerita untuk mengurangkan rasa beban yang diterima oleh diri kita dan seterusnya menggangu urusan kita di dunia ini. Oleh itu, jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah emailkan kepada saya di alamat email tertera : fendy.careline@gmail.com
"yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari kekhilafan saya sendiri"

Oleh kerana ini adalah cubaan pertama saya mengendalikan blog, jesteru itu, bolehlah anda memberikan komen anda ke alamat email saya untuk tujuan penambahbaikan.