Tuesday, October 23, 2012

meeting...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada bulan Oktober ni, saya terlalu sibuk menguruskan hal ehwal kaunseling. Terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Pening juga kepala. Namun harus bertahan. Ini ujian.  :)

Saya akan cuba untuk buat yang terbaik. Tahun ini sungguh mencabar bagi saya. Terlalu banyak ujiannya. Saya harus bertahan sambil selesaikan segala urusan dengan baik.

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin...


Friday, October 19, 2012

Majlis Convocation Masterskills

Assalamualaikum semua. salam sejahtera.. :)

Pada hari ini 20 Oktober 2012, sahabat baik saya, Walter Jirin, dari Ranau Sabah datang ke semenanjung untuk meraikan convocation adik dia di PICC, Putrajaya.

Meriah. Jam 7.30 pagi kami bertolak dari Shah Alam. Kami tiba di PICC jam 8.12 pagi. Kami lewat sedikit kerana graduan sudah masuk ke dalam dewan. Oleh itu, kami membeli sejambak bunga untuk adiknya. Kami hanya memerhatikan dari luar. :)

Semoga adiknya mendapat kerja yang dikehendakinya. amin... :)

sampai sini sahaja. Assalamualaikum.


Wednesday, October 10, 2012

Kenapa mesti berbohong?

Assalamualaikum semua pembaca :) salam ceria.

Di sini saya ingin meluahkan rasa hati, mengapa manusia sering berbohong. Persoalan yang sering dipertikaikan. Menjadi tanda tanya. Antaranya berbohong untuk:

- menjaga hati
- mengelakkan pergaduhan
- melepaskan diri dari suatu masalah
- mendajal orang lain
- suka-suka
- hobi
- menyelamatkan nyawa
- mendapat kesenangan hidup
dan lain-lain.

Kepada siapa? Kawan-kawan, saudara-mara, pentadbir, masyarakat, AGAMA, IBU BAPA dan sebagainya. Perlukah? Tidak boleh atau mampu menempuh kebenaran?

Ada kalanya, berbohong boleh menyelamatkan kita, kadang kala merosakkan kita. Tapi bagi saya, berterus terang adalah jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah. Terima kebenaran itu walaupun perit. Sentiasa positif.

Fikir2kanlah. :) Assalamualaikum.

Good Luck Calon PMR, SMA, SPM & STAM

Assalamualaikum semua warga SAMTTAJ.

Saya wakil dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan pada tahun 2012 ini. Sekarang Penilaian Menengah Rendah (PMR) sedang dijalankan serentak di seluruh negara. Penilaian yang menjadi penentu masa depan murid sekolah menengah. Penentu aliran akademik.

Saya yakin dan pasti bahawa setiap calon peperiksaan akan berdebar-debar di saat menempuh peperiksaan ini. Ibaratnya seperti berperang membawa maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Perasaan ini adalah normal. Tidak ada apa yang perlu dirunsingkan.

Calon da bersedia cukup lama. Bermulanya di tingkatan 1 lagi semuanya telah dirancang dan dilaksanakan demi melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri murid. Calon perlu bersikap positif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Amalkan pesanan guru-guru yang selama ini berusaha sedaya upaya untuk mendidik anak bangsa.

Calon perlu memotivasikan diri supaya tidak berasa kecewa dengan diri kerana tidak mencapai tahap yang diharapkan. Calon berusaha atas apa yang telah diusahakan. Jadikan harapan ibu bapa dan guru sebagai satu cabaran dan semangat untuk terus berjuang. Anda telah usaha dengan baik. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.

Mohon restu ibu bapa, guru-guru supaya memperoleh keberkatan. Mohon juga kemaafan daripada kawan-kawan supaya dapat menjawab soalan dengan tenang. Bertemu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda dan buat temujanji. Mungkin serba sedikit dapat membantu meringankan bebanan yang calon hadapi.

Sebagai langkah awal, selepas tamat peperiksaan, seeloknya, sewajarnya calon bertemu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk mengambil ujian psikometrik yang sebenarnya banyak membantu dalam menentukan hala tuju diri. Antara ujian psikometrik yang mungkin sesuai untuk dijawab ialah Inventori Minat Kerjaya, Inventori Trait Personaliti, Inventori Penggunaan Masa dan sebagainya. Keputusan inventori ini serba sedikit dapat membantu menentukan hala tuju calon.

Setakat ini dahulu dari meja guru bimbingan dan kaunseling, selamat manjalani ujian.

Kepada Calon SMA, SPM, dan STAM dan tidak dilupakan peperiksaan akhir tahun juga, selamat menjalani ujian. Tabah menghadapi ujian. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan Slip peperiksaan.

Wassalam.





Friday, October 5, 2012

Forum Perdana

Assalamualaikum semua :)

Pada hari ini, 05 Oktober 2012, saya telah ditugaskan untuk mengiring murid2 tingkatan 2 untuk ke Masjid Negeri Shah Alam untuk mengikuti porgram forum perdana.

40 orang murid tingkatan 2 telah dipilih dan mengikuti program ini. Antara jemputannya adalah Ustaz Harun Din. Isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kaum yahudi yang menentang Islam.

Sementara menunggu 2 jemputan lagi tiba, forum ini diteruskan dengan Ustaz Harun Din.







Monday, October 1, 2012

Supper Di Tengah Malam

Assalamualaikum semua. :)

Seawal jam 11 mlm tadi saya dan 2 org student mencari jalan untuk ke Kompleks Rakan Muda Daerah Klang. Akhirnya ketemu jua destinasi setelah menggunakan GPS. huhuhu

Setelah mengingati jalan, kami menikmati hidangan mamak. :) megi goreng. :) sebentar lagi kami akan berangkat pulang.