Tuesday, October 18, 2011

Bukit Broga @ Broga Hill


 
Bukit Broga setinggi 380 meter sesuai untuk pendakian mingguan bersama keluarga dan kawan-kawan. Bukit Broga ini terletak di Taman Broga di Semenyih dan bersempadan Selangor-Negeri Sembilan. Masa yang diambil hanya 1 jam pendakian untuk tiba di puncak. Terdapat beberapa puncak permandangan sebelum tiba ke puncak 380 meter membolehkan anda merakam gambar pemandangan dari atas bukit.

Tumbuhan utama adalah lalang setinggi 3-4 kaki berupaya menjadikan gambar anda kelihatan menarik. Pemandangan yang menarik adalah sekitar masa matahari terbit iaitu sekitar 6.00 pagi – 7.00 pagi. Pendaki digalakan untuk keluar awal dan memulakan pendakian lebih awal. Memang sukar untuk digambarkan tentang keindahan alam yang ALLAH S.W.T. telah kurniakan kepada kita.







Sebelum memulakan pendakian, ada beberapa tips untuk menjadi ikutan dan sebagai satu langkah berjaga-jaga.
1.      Berpakaian Sukan yang sesuai untuk pendakian
2.      Kasut yang kuat cengkaman serta berstokin untuk mengelak kaki melecet (tidak digalakan memakai selipar)
3.      Bersarapan terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah
4.      Membawa kain lap peluh, topi, stongan (untuk perempuan muslim)
5.      Jangan bawa kayu sebagai tongkat kerana bahaya untuk pendakian. Jika penat, boleh berhenti di kawasan-kawasan yang lapang yang terdapat di sana
6.      Jika membawa sebarang makanan semasa pendakian, jangan membuang sisa makanan dan plastik sampah di atas bukit. Ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga persekitan dan alam sekitar. Dapat pahala.
7.      First Aid kit boleh dibawa bersama untuk tujuan kecemasan.
8.      Keselamatan diri harus dijaga. 

Semasa pendakian, selain panas terik akibat ketiadaan pokok tinggi, trek tanpa akar pokok juga adalah antara cabaran utama pendakian ke Bukit Broga kerana ianya agak licin, berdebu ketika kering, sangat licin ketika basah.

Kebolehan akses ke sana sangat mudah, setibanya di sana, terdapat ladang kelapa sawit yang boleh dijadikan tempat pakir. Bilangan orang ke sana setiap minggu agak ramai, jadi jangan terkejut sekiranya anda tidak dapat tempat pakir. Untuk ke sana, pengangkutan paling mudah adalah menaiki kereta sendiri, dari Kuala Lumpur ke Semenyih (40km) mengambil masa 1 jam setengah, tiba di Semenyih, ikut papan tanda Broga (simpang kiri) dan anda akan tiba ke ladang kelapa sawit sebelah kiri kira-kira 5 minit, 6km dari simpang tersebut.

Kemudian, anda boleh memulakan pendakian. Sebelum itu bolehlah membuat aktiviti pemanasan badan dan regangan otot. Mulakan dengan bacaan Bismillah.

 




4 comments:

  1. walaupun membesar di bumi semenyih, namun diri ini masih tidak punya peluang untuk menjejakkan kaki kepuncak sana..
    namun rezeqi awal telah pun diberi yakni melihat kecantikan Bukit Broga dari Teratak D'Puncak, hanya selepas 6 tahun meninggalkkan Teratak tersebut, baru disedari bahawa lembah kecil itu amat memukau pandangan ^_^

    ReplyDelete
  2. huhuhu bila ada masa yg terluang, ajaklah family, kawan-kawan datang dan mendaki bersama-sama. merapatkan siratulrahim. :)

    ReplyDelete
  3. insyaALlah.. memang dah ada dalam perancangan,
    tp masih x berkesempatan, kalau saya ada masa free nnt saya inform abg je la~ sbb saya x tahu jalan ke sana :)

    ReplyDelete