Hidup sebagai manusia ni masih belum sempurna. Banyak yang perlu dibaiki dan diubah mengikut keadaan semasa dan peredaran zaman. Kawan memang ada di mana2 sahaja tapi kawan sejati memang sukar dicari. Kita sememangnya berhak untuk memilih kawan yang mana sesuai dengan diri kita. sesiapa pun berhak untuk berkawan. Keikhlasan itu penting dalam menjana persahabatan yang positif dan berkesan.
Manusia memang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sama ada dalam sedar ataupun tidak sedar. Manusia tidak seperti malaikat. Mereka juga mengharapkan pengampunan daripada Allah yang Maha Esa. Kita perlu muhasabah diri dan menilai diri sendiri. Mungkin kita ada silap. Jangan menunding jari kepada orang lain kerana kelak diri sendiri yang terkena.
Mari semua, kita hargai kawan-kawan kita. Mereka telah banyak berkorban demi kita. semoga mereka akan terus menyokong kita tidak kira di mana kita berada. mereka tetap berada di dalam hati dan ingatan. semoga mereka juga mempunyai fikiran yang sama seperti kita. Amin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment