Monday, November 26, 2012

Ujian Psikometrik

Assalamualaikum

Pemahaman saya tentang ujian psikometrik yang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan KPM sangat membantu perkembangan diri murid dan masa depan murid. Ujian Psikologi (PPsi) terbahagi kepada 2 iaitu Ujian Aptitud dan Ujian Persenoliti. Ujian Aptitud ini terbahagi kepada 2 iaitu ujian Aptitud Am dan ujian Aptitud Khusus. Manakala ujian personaliti pula terbahagi kepada 2 juga iaitu Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya.

PPsi ini terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia 2013 -2025. Penilaian yang banyak membantu murid memilih kerjaya mengikut minat dan personaliti diri murid.

Ini juga membantu ibu bapa untuk lebih jelas meransang anak mereka untuk ditujukan mengikut aliran yang betul semasa di tingkatan 4 kelak. Jika mengikut sasaran KPM, 40% sains dan 60% aliran sastera dalam setiap sekolah. Pihak pentadbiran perlu bijak dalam pengurusan pengagihan aliran.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang baik untuk membantu membuka minat murid untuk berjaya di masa hadapan.




Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Penilaian Psikometrik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya telah ditawarkan oleh Penolong Pegawai PPD Bahagian Bimbingan dan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Puan Hajah Wan Fauziah binti Wan Abdullah, PPD Petaling Perdana untuk mewakili beliau untuk persidangan tersebut. persidangan tersebut akan diadakan seperti butiran tersebut :

Tarikh : 26 - 29 November 2012
Tempat : Hotel Renaissance, Melaka
Anjuran : Lembaga Peperiksaan

Selama 4 hari ini akan diisi dengan ucap utama, perbentangan kertas kerja, bengkel dan perkongsian, dan acara penutup. Memang padat tetapi penting untuk pelaksanaan PPsi pada tahun hadapan.

Harapan saya semoga semuanya berjalan lancar. Amin. Doakan ye!




Sunday, November 25, 2012

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya bersama-sama sepupu menonton wayang di Bukit Raja, Klang. Tajuk wajang yang kami tonton ialah The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berkahwin dengan puntianak (draculla) yang berjiwa manusia. Semasa beliau (Bella) mengandung, dia masih lagi seorang manusia. Selepas melahirkan anak, dia bertukar menjadi puntianak. Anak yang dilahirkan ini adalah kacukan manusia puntianak. Bella bahagia di samping Edward, Renesmee, Jacob & keluarga Cullen. Tetapi ancaman tetap berlaku di mana, Volturi mengesaki anak yang dilahirkan oleh Bella ini adalah puntianak yang mengganas pada masa lampau yang membawa malang kepada semua puntinak dan berupaya untuk hidup kekal abadi. Oleh itu, Volturi cuba mengesan anak Bella (Renesmee).

Keluarga Cullen tidak mahu peperangan berlaku dan merancang untuk mengumpul saksi bahawa Renesmee tidak bersalah. Pelbagai puak puntianak dikumpulkan untuk berjuang demi Renesmee.

Apabila tiba masanya, Volturi bertemu dengan semua puntianak yang menyokong keluarga Cullen untuk memberitahu kebenaran. Akhirnya terbukti bahawa Renesmee adalah puntianak separuh manusia yang biasa. Tetapi Volturi cuba untuk merancang untuk meningkatkan kemarahan keluarga Cullen dengan membunuh seorang sepupu keluarganya.

Kemudian Alice datang bertemu dengan Aro untuk menunjukkan kebenaran masa hadapan. Aro telah nampak masa depannya jika dia meneruskan peperangan iaitu dia akan mati di tangan Bella dan Edward. Akhirnya, mereka menghentikan peperangan dan hidup dengan aman.

Pada pendapat saya, cerita ini amat menarik dan memuaskan hati. Tontonlah cerita ini jika ada kelapangan.


Saturday, November 24, 2012

Amalan Kesihatan

Assalamualaikum semua

Hari ni saya ingin berbicara tentang kesihatan. Kesihatan amat penting bagi semua hidupan. Yakni kita memberi tumpuan kepada manusia itu sendiri. Aspek kesihatan ini banyak memberi impak kepada kehidupan kita seharian. Malah menjanjikan kepanjangan umur kita di dunia.

Kesihatan yang baik sudah pasti diinginkan oleh setiap manusia. Adakah kita penentu kepada panjang hayatnya manusia selain Allah? Ya. Jika kita tidak mengamalkan kesihatan yang baik, bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan yang baik dan sejahtera?

Bagaimana kita mahu menentukan kesihatan kita terjamin? Haruslah bermula dengan cara pemakanan. Kita seharusnya bijak memilih makanan yang seimbang. Sukar bukan jika kita sebut makanan seimbang? Itu memang masalahnya. Kita mungkin boleh bantu antara satu sama lain dari segi perkongsian ilmu pemakanan. Saya ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama-sama pembaca.

Antara cara pengambilan makanan yang baik adalah dengan merancang menu yang hendak dimakan oleh kita. Sebelum membeli bahan mentah, pastikan kita memilih barangan yang berkualiti dan segar. Contohnya, memilih ayam di pasar atau pasaraya, lihat pada keadaan ayam berkenaan, jika ayamnya pucat, biru, tandanya ayam sudah lama. Jika masih merah tandanya ayam itu masih baru. Pilih sayur hijau untuk dijadikan sajian tambahan. Pemilihan makanan dalam bungkusan tidak kira di dalam kotak, tin atau pun bungkusan, perhatikan di bahagian kandungan  yang terdapat pada bungkusan itu. Misalnya, kandungan itu menulis, 'gula, tepung, pewarna yang dibenarkan....', itu bermakna kandungan gula di dalam makanan tersebut adalah yang paling banyak.

Selain itu, kita juga harus bersenam. Melalui senaman kita boleh membakar kalori. Membantu membakar lemak dalam badan. Melalui solat juga mampu untuk membakar kalori. Oleh itu, perbanyakkan amalan solat wajib dan sunat.

Minum air bersih menjamin tubuh badan yang sihat. Minum air sebanyak mungkin.

Selain itu juga, kita perlu menjaga kebersihan. Persekitaran kita haruslah bersih dan selesa untuk didiami. Tubuh badan juga harus dijaga. Mandi dan bersihkan diri. Penampilan diri juga penting. Pakai pakaian yang bersih. Amalan mulia.

Jika kita mahukan kehidupan yang baik, tenang, dan diredhai, lakukan dengan bersungguh. Amalkan amalan hidup sihat. Jangan menghisap rokok. Rokok adalah haram di sisi agama Islam. Juga tidak baik untuk kesihatan.




Tuesday, November 20, 2012

Percutian ke Kedah (Kubang Jawi)












Assalamualaikum semua pembaca.

Baru2 ini saya telah bercuti ke Negeri Kedah. Percutian yang amat seronok.

Di sini saya ada merakamkan beberapa keping gambar untuk menjadi tontonan. Selamat melihat keindahan alam.


Saturday, November 3, 2012

MAKLUMAN UPU ONLINE



Assalamualaikum kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012, pembelian no.pin UPU boleh dibeli di BSN bermula JANUARI 2013. Calon dikehendaki untuk membeli secara peribadi di Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk maklumat terkini mengenai UPU Online, sila rujuk http://upu.mohe.gov.my/ . Sekian, harap maklum. Sebarang pertanyaan boleh hadir ke Bilik Pembangunan Insan (Bilik Kaunseling & Bilik Pengawas) pada waktu persekolahan.