Saturday, November 24, 2012

Amalan Kesihatan

Assalamualaikum semua

Hari ni saya ingin berbicara tentang kesihatan. Kesihatan amat penting bagi semua hidupan. Yakni kita memberi tumpuan kepada manusia itu sendiri. Aspek kesihatan ini banyak memberi impak kepada kehidupan kita seharian. Malah menjanjikan kepanjangan umur kita di dunia.

Kesihatan yang baik sudah pasti diinginkan oleh setiap manusia. Adakah kita penentu kepada panjang hayatnya manusia selain Allah? Ya. Jika kita tidak mengamalkan kesihatan yang baik, bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan yang baik dan sejahtera?

Bagaimana kita mahu menentukan kesihatan kita terjamin? Haruslah bermula dengan cara pemakanan. Kita seharusnya bijak memilih makanan yang seimbang. Sukar bukan jika kita sebut makanan seimbang? Itu memang masalahnya. Kita mungkin boleh bantu antara satu sama lain dari segi perkongsian ilmu pemakanan. Saya ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama-sama pembaca.

Antara cara pengambilan makanan yang baik adalah dengan merancang menu yang hendak dimakan oleh kita. Sebelum membeli bahan mentah, pastikan kita memilih barangan yang berkualiti dan segar. Contohnya, memilih ayam di pasar atau pasaraya, lihat pada keadaan ayam berkenaan, jika ayamnya pucat, biru, tandanya ayam sudah lama. Jika masih merah tandanya ayam itu masih baru. Pilih sayur hijau untuk dijadikan sajian tambahan. Pemilihan makanan dalam bungkusan tidak kira di dalam kotak, tin atau pun bungkusan, perhatikan di bahagian kandungan  yang terdapat pada bungkusan itu. Misalnya, kandungan itu menulis, 'gula, tepung, pewarna yang dibenarkan....', itu bermakna kandungan gula di dalam makanan tersebut adalah yang paling banyak.

Selain itu, kita juga harus bersenam. Melalui senaman kita boleh membakar kalori. Membantu membakar lemak dalam badan. Melalui solat juga mampu untuk membakar kalori. Oleh itu, perbanyakkan amalan solat wajib dan sunat.

Minum air bersih menjamin tubuh badan yang sihat. Minum air sebanyak mungkin.

Selain itu juga, kita perlu menjaga kebersihan. Persekitaran kita haruslah bersih dan selesa untuk didiami. Tubuh badan juga harus dijaga. Mandi dan bersihkan diri. Penampilan diri juga penting. Pakai pakaian yang bersih. Amalan mulia.

Jika kita mahukan kehidupan yang baik, tenang, dan diredhai, lakukan dengan bersungguh. Amalkan amalan hidup sihat. Jangan menghisap rokok. Rokok adalah haram di sisi agama Islam. Juga tidak baik untuk kesihatan.




No comments:

Post a Comment