Sunday, November 25, 2012

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya bersama-sama sepupu menonton wayang di Bukit Raja, Klang. Tajuk wajang yang kami tonton ialah The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berkahwin dengan puntianak (draculla) yang berjiwa manusia. Semasa beliau (Bella) mengandung, dia masih lagi seorang manusia. Selepas melahirkan anak, dia bertukar menjadi puntianak. Anak yang dilahirkan ini adalah kacukan manusia puntianak. Bella bahagia di samping Edward, Renesmee, Jacob & keluarga Cullen. Tetapi ancaman tetap berlaku di mana, Volturi mengesaki anak yang dilahirkan oleh Bella ini adalah puntianak yang mengganas pada masa lampau yang membawa malang kepada semua puntinak dan berupaya untuk hidup kekal abadi. Oleh itu, Volturi cuba mengesan anak Bella (Renesmee).

Keluarga Cullen tidak mahu peperangan berlaku dan merancang untuk mengumpul saksi bahawa Renesmee tidak bersalah. Pelbagai puak puntianak dikumpulkan untuk berjuang demi Renesmee.

Apabila tiba masanya, Volturi bertemu dengan semua puntianak yang menyokong keluarga Cullen untuk memberitahu kebenaran. Akhirnya terbukti bahawa Renesmee adalah puntianak separuh manusia yang biasa. Tetapi Volturi cuba untuk merancang untuk meningkatkan kemarahan keluarga Cullen dengan membunuh seorang sepupu keluarganya.

Kemudian Alice datang bertemu dengan Aro untuk menunjukkan kebenaran masa hadapan. Aro telah nampak masa depannya jika dia meneruskan peperangan iaitu dia akan mati di tangan Bella dan Edward. Akhirnya, mereka menghentikan peperangan dan hidup dengan aman.

Pada pendapat saya, cerita ini amat menarik dan memuaskan hati. Tontonlah cerita ini jika ada kelapangan.


No comments:

Post a Comment