Sunday, July 31, 2011

Bila teringan kenangan lalu

Bila tiba sahaja bulan puasa, pasti teringatkan arwah abah; Abdullah bin Sayuti. Lahir pada 17 September 1955 di Kampung Pasir Panjang Hilir, Perak darul Redzuan. Anak bongsu 3 beradik.
Panggilan manjanya di rumah ialah 'abah'. Banyak kenangan manis dengan abah sepanjang abah hidup. :) rindu abah. Allah lebih sayangkan abah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Seingat saya, sepanjang hidup saya, abah tak pernah pukul saya walaupun cubit. Bertengkar itu memang berlaku tetapi pukul? Tidak pernah langsung.

Abah mengidap penyakit diabetes bertahun-tahun lamanya. Hidup abah bergantung pada pil. Emaklah yang sentiasa setia menjaga abah sehingga ke akhirnya. Suatu hari bisul di pinggul abah menjadi semakin teruk dan melarat. Abah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang darul Makmur. Emak dan adik telah bersetuju untuk membenarkan pihak hospital untuk membuat pembersihan dalaman melalui belahan. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia, Allah telah menghantar Izrail untuk menjemput abah. Jam 5.05 pagi, 11 Oktober 2009, abah disahkan meninggal dunia. Kami terima ketentuan tuhan. Hanya Allah yang tahu takdirnya.

Kami sekeluarga tetap mendoakan abah sentiasa ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ramadhan almubarak

Selamat kembali wahai Ramadhan. Bulan mulia. Di mana semua umat Islam di seluruh dunia akan melaksanakan tanggungjawab wajib dengan berpuasa selama sebulan. Bulan yang banyak menguji umat Islam dari segi nafsu, cabaran, godaan dan lain-lain lagi.

Apa pengertian puasa bagi anda semua? Bukan setakat menahan nafsu makan semata-mata. setiap orang ada pengertian masing-masing. Ada yang kata bulan untuk berjimat. Ada juga yang kata bulan menguruskan badan. Huhuhu terpulanglah kepada anda untuk mentakrifkan puasa. Asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. :)

Di bulan Ramadhan ini, jangan dilupakan ibadah yang diwajibkan contohnya beribadah termasuk la solat wajib, solat sunat, solat terawih, dan sebagainya. Jangan dilupakan juga zakat bagi yang berwajib. :)

Puasalah dengan hati yang ikhlas untuk mendapatkan pahala daripada Allah SWT. Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa. :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, July 9, 2011

Durian segamat

Durian bg aku sama je. Tapi bila jumpa kawan uang duduk segamat, dia kata byk sgt nama durian kat johor antaranya durian kaya, kerang, jantung, tembaga, bongkok, botak dll
Published with Blogger-droid v1.7.1