Sunday, July 31, 2011

Bila teringan kenangan lalu

Bila tiba sahaja bulan puasa, pasti teringatkan arwah abah; Abdullah bin Sayuti. Lahir pada 17 September 1955 di Kampung Pasir Panjang Hilir, Perak darul Redzuan. Anak bongsu 3 beradik.
Panggilan manjanya di rumah ialah 'abah'. Banyak kenangan manis dengan abah sepanjang abah hidup. :) rindu abah. Allah lebih sayangkan abah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Seingat saya, sepanjang hidup saya, abah tak pernah pukul saya walaupun cubit. Bertengkar itu memang berlaku tetapi pukul? Tidak pernah langsung.

Abah mengidap penyakit diabetes bertahun-tahun lamanya. Hidup abah bergantung pada pil. Emaklah yang sentiasa setia menjaga abah sehingga ke akhirnya. Suatu hari bisul di pinggul abah menjadi semakin teruk dan melarat. Abah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang darul Makmur. Emak dan adik telah bersetuju untuk membenarkan pihak hospital untuk membuat pembersihan dalaman melalui belahan. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia, Allah telah menghantar Izrail untuk menjemput abah. Jam 5.05 pagi, 11 Oktober 2009, abah disahkan meninggal dunia. Kami terima ketentuan tuhan. Hanya Allah yang tahu takdirnya.

Kami sekeluarga tetap mendoakan abah sentiasa ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment