Monday, August 1, 2011

Harry Potter : Deathly Hollow part 2

Harru potter merupakan cerita mengisahkan tentang seorang budak yang satu-satunya yang hidup ketika zaman keganasan Lord Voldomote. Ibu bapa beliau telah dibunuh oleh ahli sihir jahat.

Kemudian, kakak kepada ibu Harry telah menjaga beliau sehingga beliau besar. Hidup beliau amat terseksa kerana dijadikan seperti hamba oleh makciknya. Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengemas rumah, masak, dan menjaga kebajikan keluarga makciknya.

Setelah beliau berumur 11 tahun, beliau ditawarkan untuk belajar di Hogward School of wizardry and witch craft. Beliau dijemput oleh penjaga kunci Hogward iaitu Hagrid.

Di situlah pengembaraan Harry Potter bermula.

Bagi saya, cerita ini amat menarik. Dunia penuh imaginasi. :) sy telah mengikuti perkembangan cerita ini sejak filemnya yang pertama ditayangkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment